Nasib kira-kira 1,000 nelayan di Penaga di sini dijangka terjejas sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang meneruskan rancangan pelaksanaan projek akuakultur di kawasan itu yang dianggap boleh mengancam alam sekitar dan penduduk tempatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, pelaksanaan projek itu bakal memusnahkan hutan paya bakau, mencemarkan laut, menjejaskan sumber perikanan nelayan, selain mendedahkan penduduk di kawasan tersebut dengan ancaman ribut, tsunami dan air masin.
"Projek ternakan udang yang akan diusahakan oleh Persatuan Pengusaha Akuakultur Pulau Pinang (Penkua) itu boleh mengganggu ekosistem kerana melibatkan 204 hektar hutan paya bakau bermula dari Sungai Kuala Bekah hingga ke Sungai Kuala Muda.
"Projek ini masih belum mendapat sebarang kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan jika kerajaan negeri tidak segera membatalkan projek tersebut, kita bimbang bakal memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk yang kebanyakannya nelayan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, menerusi tinjauan yang dibuat, CAP mendapati kebanyakan penduduk di kawasan tersebut belum mengetahui tentang rancangan projek ternakan udang itu.
Beliau berkata, dianggarkan 1,000 nelayan akan terjejas sekiranya hutan paya bakau di sepanjang Sungai Kuala Bekah dan Sungai Kuala Muda dimusnahkan.
"Pelaksanaan projek akuakultur secara besar-besaran di negeri ini bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah kekurangan bekalan sumber makanan hasil laut.
"Kita tidak mahu nelayan di Penaga menerima nasib sama seperti yang dialami oleh 2, 000 nelayan di Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan. Tangkapan mereka telah merosot lebih 50 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat pembangunan dan aktiviti ternakan udang di kawasan tersebut," ujarnya.

Cina DAP ternak udang, nelayan Melayu dapat susah. Itulah hebatnya Kerajaan negeri DAP yang diagung agungkan puak PAS.
No comments:
Post a Comment