Geng Bas Sekolah

May 10, 2013

Masjid Tidak Akan Dipagar


Semua institusi masjid di negeri ini tidak akan lagi dipagar bagi memberi ruang yang luas di kawasan sekitarnya untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti rekreasi.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, langkah tersebut dibuat bertujuan untuk memastikan peranan masjid bukan setakat sebagai tempat ibadat tetapi juga membolehkan orang ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Menurutnya, peranan masjid perlu diperluaskan bagi mengajak masyarakat, ahli keluarga dan golongan remaja mendekati institusi itu.

''Saya lihat bagaimana dataran di Masjid Nabawi di Mekah menjadi tempat umat Islam berkumpul menjalankan apa sahaja aktiviti dan apabila tiba waktu solat mereka dapat menunaikan ibadah.

''Apabila masjid di pagar dan dikunci, ia akan menghalang individu untuk menunaikan solat walaupun saya akui ia dikunci atas aspek keselamatan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kecurian.

''Tetapi kali ini perlu ada perubahan drastik untuk dilaksanakan iaitu masjid tidak lagi perlu dipagar dan kerap dikunci serta ruang luas kawasan pula akan dibina sebuah dataran,"

Menurut Idris, peranan masjid perlu dikembalikan seperti di zaman Nabi Muhammad SAW apabila masjid bukan sahaja dijadikan tempat ibadat tetapi pusat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah.

Justeru katanya, Masjid Al-Azim di sini akan menjadi perintis apabila semua pagar akan dibuka dan dataran yang sedia ada akan didirikan khemah untuk diadakan pelbagai aktiviti di situ.

Beliau menambah, kawasan sekitar masjid itu akan mencontohi Masjid Nabawi dengan dataran yang ada akan dijadikan tempat bersantai dan rekreasi sekeluarga.

''Bila tiba waktu solat, mereka boleh tunaikan ibadah itu dengan kemudahan di dalam masjid yang telah disediakan," ujarnya.

5 comments:

Anonymous said...

CUN GAK TU BRO..TP JGN SMPAI ADE YANG AMIK KESEMPATAN MASUK NAK MENCURI ATAU LEMPOR KEPALE VAVI PLAK HUHUHU

suahati said...

seronok bila ketua negeri mahu bercakap mengenai halehwal agama....insyaaAllah akan dapat keberkatan dan rahmat dr Allah utk pemimpin2 sebegini......amin

Anonymous said...

Ni masalah pemimpin UMNO..cpt melatah tkpakai otak.. kita duduk dlm negara mcm2 bangsa.. tk boleh lah buat mcm ni..

PAGAR FIZIKAL masjid perlu ada utk pelihara keselamatan dan kesucian masjid.. nnt mcm2 manusia jahat yg ambil kesempatan..

maksud TREBUKA ialah bukan maksud fizikal tp bukakan ruang FUNGSI MASJID.. cernakan pelbagai program dakwah dan aktiviti setempat di masjid.. ADUHH UMNO kenapa sentiasa BODOH dn JUMUD!!!!

Islam tegaklah pakai otak dn dalil..bukan main hentam..

zynereyman said...

Salam, whaai dato Harun.. jgnlah buat sesuatu ikut emosi.. byk lg mslh utama masjid dan hal ehwal Islam perlu diperbaiki.. bukan sibok utk robohkan pagar masjid... tlg jgn buat tindkan yg memalukan umat Islam.

Tanah Haram MADINAH tk sama dgn suasana di nagara ini. Mungkin suatu masa nnti bila keamanan dan umat Islam sudah ckup ramai, barulah sesuai dibina konsep begitu.. jgn rosakkan kesucian masjid dgn pemkiran singkat.

Immarahkan masjid dgn pastik Solat Jemaah dihidupkan penuh saf-saf..bukan penuhkan dataran luar.. hidupkan amalan2 masjid.. kuliyyah, qiraatul quran, tuisyen, majlis2 qiamullail setiap 2-3 sebulan.. program2 pendidikan akdemik, ekonomi..

buat sautu tindakan fikir lah secara bijak.. Islam itu keindahan dan kebijaksanaan..

Wallahualm

Anonymous said...

perkara macam ini lah baru betul.
dulu lagi patut dilakukan.
tak perlu risau pasal kena curi ke apa.
itu bukan alasan.
ianya rumah ibadah.
kita juga ada golongan musafir.sekurang2nya ada tempat berteduh.
juga bersemarak lah cahaya islam.
setiap masjid besar di tempat pejabat ugama di tempat kan di sini.
mudah untuk berurusan.
perpustakaan islam disediakan.
wakaf untuk musafir2.
harap dapat laksana di setiap negeri.