Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
May 14, 2013
Kelemahan Strategi "War Room" Dibongkar
Kegagalan Bilik Gerakan War Room menyalur maklumat serta memaklumkan kehendak pengundi menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, Bilik Gerakan 'War Room' BN Pusat gagal mengemukakan strategi yang boleh diguna pakai jentera BN bagi memenangi hati pengundi.
Selain itu ujarnya, jentera BN juga gagal menangkis fitnah dan menjawab segala tuduhan pembangkang terutama yang disebar menerusi media sosial.
"Petugas Bilik Gerakan 'War Room' BN Pusat juga tidak turun ke peringkat akar umbi bagi mendengar keluhan rakyat selain didapati kurang bekerjasama dengan petugas di peringkat bawahan dalam merangka strategi parti,"
Selain itu, bahan-bahan kempen BN hanya sampai di Bilik Gerakan Utama Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dua atau tiga hari sebelum tarikh mengundi.
Kebanyakan bahan itu juga disimpan di Bilik Gerakan Utama dan tidak diagihkan kepada pengundi.
Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.
“Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami,” tambah beliau.
“Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain,” kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.
Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.
“Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor,” kata satu sumber.
“Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi,” tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.
Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah “akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana”.
“Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina,” kata sumber tersebut.
Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, “jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa”, tambah beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
penyokong umno perlu jadi cybertrooper. serang mereka di blog, utube dll.
ILMU PERANG BN KURENG SIKIT BRO..BKN APE..NK JAGA HATI GENG PUNYE PSL..TP PERANG MELAWAN PUAK KAFIR HARBI DAN PENGANUT AJARAN SESAT KENA GUNA STRATEGI GANAS SKET..DAH SMPI MASANYE KITA MENGGANAS PLAK...HUHUHUHU
Post a Comment