Geng Bas Sekolah

May 25, 2013

Boikot Produk Cina Adalah Hak Rakyat


Tindakan memboikot beberapa produk keluaran syarikat yang dipercayai menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram perlu diteruskan sebagai peringatan kepada syarikat lain untuk tidak melakukan perkara sama.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, usaha itu juga dalam memastikan keamanan dan kestabilan yang dikecapi negara hari ini dapat dipertahankan.

“Boikot yang dilakukan juga sebagai protes rakyat terhadap mereka yang menyokong amalan keganasan dan bertujuan memberi pengajaran kepada mana-mana syarikat agar tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang memperhebat gerakan memboikot produk dan perkhidmatan keluaran syarikat-syarikat yang dipercayai menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd. Rahman berkata, penggiat industri di negara ini seharusnya lebih profesional dan beretika dalam menjalankan perniagaan.

Menurut beliau, mereka juga seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menyediakan ruang dan kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan tindakan mengajak rakyat berdemonstrasi disifatkan sebagai tidak mengenang budi.

2 comments:

Jeffry said...

KASI BUNGKUS PENIAGA CINA LG BAGUS...KITA KASI USAHAWAN BANGSA LAIN MAJU PLAK HUHUHU

Anonymous said...

if like that i'll support this product,because this product is better than other bad products!and i'll also 'boikot' the Malay roduct because 'Boikot Produk Malay Adalah Hak Rakyat'!