Geng Bas Sekolah

March 15, 2013

PKR Pahang Malu Besar


Dibeberapa laman facebook dan blog, bahkan beberapa akhbar telah memaparkan gambar bendera PKR dinaikkan dibangunan UMNO Temerloh. Ianya menjadi isu yang diperkatakan oleh masyarakat setempat. Namun kenakalan penyokong dan penacai pakatan pembangkang meletakkan bendera PKR dibangunan UMNO Temerloh lalu telah mengundang provokasi dan membuatkan hati ahli-ahli UMNO terbakar.

Meskipun bangunan UMNO berkenaan sudah tidak digunakan lagi sebagai tempat pusat aktiviti UMNO Bahagian Temerloh, namun bangunan berkenaan adalah hak milik yang tidak boleh diceroboh sesuka hati. Perbuatan meletakkan bendera dibangunan berkenaan dari segi moralnya mencabar ahli-ahli UMNO Temerloh keseluruhannya. Justeru anak-anak muda UMNO telah mengambil tindak-balas dan dengan berani mengibarkan pula bendera BN di bangunan pejabat PKR Cabang Temerloh.

Menurut kenyataan sumber, Ketua UMNO Bahagian Temerloh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin menganggap provokasi yang dilakukan  oleh penyokong pakatan itu adalah tidak wajar dan boleh mencetus perbalahan diantara penyokong masing-masing. Sudah tentu ada diantara ahli UMNO Bahagian Temerloh yang berjumlah 25 ribu orang itu akan bangkit dan melakukan tindak balas demi mempertahankan maruah mereka 

Sumber : PahangKu

Perbuatan biadap puak PKR ni memang patut diajar. Mula mula ni dibalas semula dengan pacak bendera atas bangunan PKR. Tapi kalau masih biadap juga, jangan menanggis kalau bendera BN dipacak atas kepala puak PKR ni pulak nanti. Time tu memang korang menyesal tak sudah.

No comments: