Geng Bas Sekolah

March 4, 2013

Pertahankan Islam Melayu Daripada Pakatan


Saya diminta oleh ultra kiasu untuk melakukan permohonan maaf dan menarik balik artikel yang disiarkan minggu lalu bertajuk kesabaran umat Islam ada had. Beberapa laporan polis turut telah dilakukan. Terima kasih. Penulisan saya dikatakan berbau perkauman, rasis dan penuh prasangka. Ramai wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan respon. Saya jawab tidak perlu. Tunggu sahaja artikel seterusnya berhubung pendirian saya.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tunjukkan kepada saya di mana masalah dengan artikel tersebut? Jika saya dikatakan rasis, adakah bangsa lain dan orang yang mempertikaikan tulisan saya tidak rasis? Tepuk dada tanya iman. Sebenarnya, merekalah yang lebih rasis kerana berada dalam parti dan komuniti tersebut. Jika saya rasis, sudah pasti saya mempertahankan bangsa saya. Ini tidak, saya mempertahankan hak orang lain, Islam dan Melayu, kerana keduanya sudah sebati. Agama lebih penting daripada bangsa.

Saya hanya mengingatkan, mutakhir ini kita terlalu banyak memberi. Sehingga kita tidak pasti, ada apa yang masih tinggal. Pemberian pula, bukan sembarangan. Sehingga kepada perkara-perkara asas atau dasar. Benar, pilihan raya sudah semakin hampir, tetapi itu bukan bermakna kita perlu beri segala.

Pilihan raya hanyalah alat, manakala agenda membina negara tetap kekal sampai bila-bila. Jika dari awal kita tidak perbetulkan, saya bimbang kita akan menghadapi masalah masa akan datang. Ultra kiasu akan terus mengambil kesempatan dan memanipulasi.

Saya yakin keadaan ini tidak akan ada penghujung walaupun selepas PRU 13. Ultra kiasu tidak akan memberikan laluan mudah kepada BN. Jika BN menangpun, keputusannya pasti tidak banyak berbeza dengan PRU 12. Tidak ada kemenangan dua pertiga. Bermakna, ultra kiasu mempunyai bargaining power atau kuasa tawar menawar.   Kita akan terus memberi selama 5 tahun lagi. Selepas itu, saya tidak tahu, apa yang masih berbaki.

Berkali-kali saya katakan, kita mesti bertegas dalam soal membina dan pembangunan negara. Negara ini perlu ada identiti dan jati diri seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan. Jangan biarlah tangan-tangan jahat mencemarinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana,yang rugi adalah Islam dan Melayu. Kita terlalu berpolitik dalam mengambil keputusan dan tindakan.  

Sebagai pemimpin, tidak dinafikan kita perlu menjaga hati semua orang. Tetapi perlu diingat, hati sendiripun perlu dijaga. Jika hati sendiri tidak tenang dan asyik terluka, ia hanya akan membuahkan dendam yang tidak tahu bila akan dilepaskan.

Berkali-kali saya nyatakan, bahawa identiti negara ini adalah Islam, Melayu, Raja dan hak-hak mereka. Ianya perlu dipelihara tanpa diganggu-gugat. Benar, kita mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan beragama serta hak orang lain. Tetapi itu bukan bermakna, agenda Islam dan Melayu tidak perlu mengakari dan mendasari?

Identiti ini perlu menjadi akar. Yang lain-lain hanya menyokong. Bukannya, lain-lain menjadi akar, Islam yang menyokong. Pergilah ke dunia mana sekalipun, identiti majoriti atau mereka yang berkuasa tetap terserlah. 

Contoh, kita ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), yang mendasarinya adalah budaya penduduk asal. Persoalan, adakah matlamat DKK ini tercapai? Apa yang saya lihat, budaya lain yang mendominasi atas alasan 1Malaysia. Apa yang masih tinggal adalah upacara membaca doa dalam majlis dan sekolah. Itupun masih dipertikaikan, atas alasan mereka juga perlu berdoa kepada Tuhan.

Bila tiba isu kalimah Allah, ultra kiasu beriya-iya untuk berkongsi Allah dengan kita. Tetapi, apabila kita berdoa kepada Allah SWT, tidak pula mereka mahu mengikut atau mengangkat tangan bersama. Malah, kalau boleh mereka tidak mahu langsung tengok dalam upacara adalah majlis berdoa. Nampak atau tidak kelicikan ultra kiasu?  Kenapa masih terlalu bersangka baik?

Rumah ibadat bukan Islam jika dicampurkan kesemua, berjumlah lebih daripada 300,000. Sedangkan rumah ibadat Islam untuk orang Islam selaku majoriti penduduk negara hanya berligar di sekitar 40,000.  Cuba campur, hampir sepuluh kali ganda. Adakah membangkitkan perkara ini rasis? Adil itu bukan bermakna dapat seorang satu, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika umat Islam menjadi majoriti, dari segi keadilan, sepatutnya rumah ibadatnya lebih banyak dan menyerlah daripada bukan Islam. Tetapi hakikat itu tidak pernah berlaku. Kita menjadi minoriti dalam majoriti.

Ada yang memberi respon, kegiatan umat Islam seperti solat jumaat juga menyusahkan bukan Islam kerana jalan raya menjadi sesak disebabkan oleh sebilangan jemaah yang memakirkan kenderaan menutupi jalan sehingga tinggal satu lane. Pada saya, itu masih lagi berada dalam ruang lingkup keadilan, sebab hak ini dijamin dalam perlembagaan. Itu bukanlah saya bersetuju dengan tindakan memakir kenderaan sesuka hati. Sebelum ini, saya selalu mengingatkan kita agar memakir kenderaan agak jauh sedikit daripada masjid ketika solat Jumaat supaya tidak menghalang laluan kenderaan lain. Tunjukkan agama Islam suatu agama yang mudah dan tidak menyusahkan orang lain. Rujuk artikel saya yang lalu.  

Contoh makna adil yang lain, dua rumah ibadat didirikan secara ‘haram’ di tanah kerajaan, Islam dan bukan Islam. Pihak berkuasa mengambil keputusan untuk merobohkan kerana pembinaan tidak sah. Maka, tindakan merobohkan rumah ibadat bukan Islam tidak menjadi kesalahan besar, berbanding meroboh rumah ibadat Islam. Maknanya, Islam sebagai agama persekutuan lebih kuat mengikat berbanding dengan kebebasan mengamalkan agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1).

Hakikat yang selalu berlaku, yang selalu kena roboh adalah rumah ibadat Islam, kita selalu mengalah. Namun, bila tiba pada ultra kiasu. Mereka seolah-olah kebal. Tidak boleh disentuh langsung. Jika ada tindakan dikenakan, maka alasan mereka, bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Belajarlah daripada negara Thailand. Patung Buddha dan patung raja gagah mendominasi di mana sahaja. Tiada siapapun berhak mempertikai. Jika dipertikaikan, maka penjaralah padahnya. Penegasan inilah yang kita mahu, bukannya melepas dan menarik tali. Sama juga isu bahasa, jika kebangsaan itu adalah bahasa negara, maka, bahasa lain tidak berhak menonjol sama sekali, melainkan bahasa kebangsaan yang mendominasi. Tidak siapa boleh mempertikai.

Ironinya, dengan identiti ini, Thailand terus maju, malah lebih maju daripada kita. Tidak pula mereka ketinggalan. Kerana apa? Kerana identiti dan jati diri yang mendasari telah menjadi rakyatnya patriotik, sanggup berkorban raga demi Siam tercinta. Kita pula bagaimana? Fikir-fikirkan….     

Sumber : Dr Ridhuan Tee

2 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera...dari sehari ke sehari hati ini terbakar dan rasa benci terhadap kaum Cina seperti Kit Siang anak beranak dan Tian Chua serta beberapa orang lagi berjiwa rasis.
Sikap mereka benar-benar ingin mengundang peristiwa 13 Mei 1969 yang dicetuskan Kit Siang berulang kembali. Apakah tiada pengajaran dengan peristiwa tersebut maka Kit Siang masih tetap ingin bermain api? Ditakdirkan berlaku seumpama 13 Mei nanti, apakah Kit Siang jamin keturunannya masih boleh bernyawa lagi di dunia ini?

Anonymous said...

DIORANG IGT KITE XDE HAK PERTAHAƑ HAK KITE BROO...PALO BAPAK DIORANG!!!..X SUKE DIORANG BLEY BERAMBUS HARKKK PTUIHHH KEHKEHKEH