Geng Bas Sekolah

March 14, 2013

Negara Dijajah Semula


Trend warga asing membeli atau mendiami taman perumahan baharu yang dibina pemaju di kawasan perkampungan Melayu dibimbangi akan menyebabkan kawasan tersebut lenyap secara perlahan-lahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, keadaan itu berlaku berikutan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang membenarkan pemaju membina rumah-rumah mewah di celah-celah perkampungan Melayu.

Menurutnya, meskipun jumlah warga asing terbabit tidak diketahui namun perkara itu jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan orang Melayu terutama generasi muda berhijrah kerana tidak mampu membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi.

"Memang orang kampung tidak mampu membelinya termasuk pasangan muda yang baru berkahwin dan akhirnya mereka terpaksa berpindah.

"Kalau gaji mereka RM10,000 sebulan sekalipun, tidak mungkin mereka mampu memiliki rumah teres yang berharga paling rendah RM500,000. Sudah ada orang luar (warga asing) masuk ke sini dan membelinya," dakwanya.

Beliau ditemui pemberita dalam program Sepetang Bersama ADUN Teluk Bahang anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, S. N. Mohandass.

Hilmi memberitahu, beliau bimbang fenomena itu seolah-olah sengaja dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi melenyapkan perkampungan Melayu di Balik Pulau.

Katanya, sejak lima tahun mentadbir tiada satu pun rumah mampu milik dibina di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Malaysia sudah dijajah semula dalam bentuk baru. Dalam isu ni, sepatutnya rakyat Malaysia bangkit sendiri dan melawan. Hambat semua warga asing dan pengkhianat pengkhianat negara ni. Jangan bagi mereka duduk Malaysia. Ini tanahair kita. Pertahankan tanahair kita walau dengan apa cara sekalipun.

1 comment:

mk said...

Apa hang buat mangkaq - tu gambaq guan eng la bahalol