Geng Bas Sekolah

March 29, 2013

Gelombang Biru Bentong Menakutkan Leong Ngah Ngah Dan Wong Tak


Semalam telah berlangsung pelancaran Gelombang Biru Parlimen bentong. Kehadiran penyokong BN cukup melemaskan puak PR di Bentong ni. Sampai aku lepak minum kat mamakpun, boleh dengar dorang lepak kat meja belakang menyumpah menyumpah orang BN sebab terlalu ramai yang hadir.


Macam yang SH cakap (klik sini), nasib baiklah buat pelancaran ini waktu hari bekerja. Kalau buat waktu cuti, mahu kena pecah dinding dewan tu nak bagi orang ramai masuk. Silap silap kalau buat kat Dataran Bentongpun boleh penuh dengan penyokong BN Bentong melimpah sampai ke jalan.


Wong Tak nak datang bertanding di Bentong ? Lupakan jelah. Warna hijau kat Bentong dah diganti dengan warna biru. Sampai puak PAS pun dah malu nak tunjuk warna hijau mereka. Wong Tak pergi settle dulu kes bakar Lynas, baru datang Bentong yek.