Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
March 1, 2013
Bob Lokman Terpedaya Hasutan Syaitan
Pembangkang terutama Pas tidak sudah-sudah menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai gelaran hina yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.
Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis".
Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .
Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.
"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.
"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.
Rasa rasa Bob ni belajar agama kat mana? Adakah orang yang menunaikan janji itu syaitan dan mereka yang mengingkari janji itu pula adalah malaikat? Nauzubillah. Bob pun sama jauh tersasar sejak ikut PAS. Tidakkah Bob ni tahu, salah satu ciri orang munafik adalah mereka yang tidak menunaikan janji. Dan PAS sendiri tidak menunaikan janji kepada rakyat Kelantan.
Tak apalah Bob oii. Kalau ko anggap orang yang munafik itu adalah lebih mulia dan baik dari orang yang menunaikan janji, tak apalah. Hari ini ko fitnah orang yang tunaikan janji sebagai iblis. Ko bawaklah hujah ko tu depan Allah kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bila janji ditepati lebih jahat dari iblis,kalau janji di mungkiri lebih jahat dari apa........memang sah pas merupakan parti ajaran sesat,
KEHKEHKEH SPONGEBOB NI BLAJA AGAMA DRI BAPAK2 SYAITAN PAS BROO..SPE LG KLU BKN WALLY SLIPOR BURUK..KETUA AJARAN SESAT PENGANUT PAS >XD
ha ha ha..., ustaz2 zaman moden. nak berdakwah x pandai, yg pandai hanya mengeji, mencerca, menghina, rasa mcm bagus sgt la 2, ha ha ha..., bertaubat la wey..., jgn anggap diri mulia & baik dr org lain, nanti x sempat nak taubat lak..
Post a Comment