Geng Bas Sekolah

March 12, 2013

Balasubramaniam Ditimpa Bala


Penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam (gambar) kini dilaporkan menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Malah yang mengejutkan, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), membuat dakwaan keterlaluan mengaitkan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

''Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,'' katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Jelasnya, Balasubramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (kini dikenali Pusat Perubatan Sime Darby-SDMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor.

Menurut beliau, ketika program di Bachok, Kelantan, Balasubramaniam mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik.

''Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara,'' katanya.

Katanya, Balasubramaniam akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa hospital berkenaan.

Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kuasa Allah jangan dicabar. Balasubramaniam yang memfitnah umat islam akhirnya ditimpa bala. Tetapi mnyedihkan apabila ada segelintir orang islam yang turut sama bersama dengan orang kafir. Malah ada percaya pula kepada ilmu hitam.

2 comments:

parti tupperware said...

Hehehe... Sihir? Ilmu hitam? Towards bala? Kekeke... Asyik buat lawak jer la puak depa ni. Terkedu tul nk bg komen sbb tak leh henti gelak... Pasni, kalu ketua dia kena sakit jantung, ada kena sihir gak kott... Pi jumpa tok moh kiram sana..Muahhahaha...

Anonymous said...

SUSAH GAK NAK PERCAYA, MANA TAHU MACAM KOSPIRASI ARSENIK DAN SLIP DISC DULU TU. SAMPAI SEKARANG MANGKOK TU ELOK JER BERGOYANG-GOYANG. DUNIYA-DUNIYA.