Geng Bas Sekolah

February 16, 2013

PAS Parti Abu Jahal


Penipuan PAS tentang mengapa PAS dikeluarkan daripada BN akhirnya didedahkan. Selama ini pemimpin pemimpin PAS menyembunyikan kebenaran kerana bimbang akan hilang kuasa dan nikmat dunia. Maka itu umat islam difitnah bertahun tahun lamanya.

Umat islam dipersenda dan dikafirkan dimana sahaja. Tetapi janji Allah s.w.t itu adalah benar. Sebaik manapun perancangan pemimpin PAS namun Allah s.w.t adalah sebaik baik perancang. Kebatilan tidak boleh mengalahkan yang Haq.

 1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

Sumber - BH

6 comments:

Anonymous said...

KEHKEHKEH PAS NK BELIT APE LAGI?..DAH TERANG DAN TERBUKTI PENGANUT PAS YG ADA SKANG PEWARIS AMANAT DAN FATWA SESAT BROO!

Anonymous said...

Yang aku paling tak puas hati kat amanat hj hadi tu... sampai bukan setakat umat sahaja berpecah belah ... keluarga, laki bini pun boleh bercerai berai .... lebih lebih kat ahli ahli parti lawan .....
Kalau UMNO kafir, "KAFIRKAH AKU SEBAGAI ORANG YANG TIDAK BERPARTI?" .... Rakyat negara lain yang tak join Pas , kafir ka?

Anonymous said...

nak risau apa kalau orang lain tak nak sokong parti 'favourite' kita? sama mcm kita yang tak suka dgn parti orang lain...yg suami isteri boleh berpisah krn parti tak sehaluan tu namanya JAHIL...dlm LIANG LAHAD, malaikat ditugaskanNYA memberi soalan tentang amalan kita dan pegangan kita pada firman ALLAH swt ...yg suami itulah yang akan dipersoalkan krn gagal memimpin keluarga mengikut hukumNYA...sesungguhnya, kita yang bernama ISLAM, hiduplah dengan amalan ISLAM... ikutlah AL QURAN dan SUNNAH Rasul terCINTA ...parti yang ada selepas wafatnya BAGINDA RASULLULLAH saw, adalah yang dipimpin manusia yang serba kekurangan, ada kelemahan dan nafsu, namun kita sokonglah pemimpin yang lebih terserlah dan terbukti amalan mereka adalah KERANA ALLAH SWT ...

Anonymous said...

nak risau apa kalau orang lain tak nak sokong parti 'favourite' kita? sama mcm kita yang tak suka dgn parti orang lain...yg suami isteri boleh berpisah krn parti tak sehaluan tu namanya JAHIL...dlm LIANG LAHAD, malaikat ditugaskanNYA memberi soalan tentang amalan kita dan pegangan kita pada firman ALLAH swt ...yg suami itulah yang akan dipersoalkan krn gagal memimpin keluarga mengikut hukumNYA...nak risau apa dengan dakwaan org PAS siapa kafir atau tidak...sedangkan kita sendiri lah yang perlu pastikan keISLAMan kita dan keluarga yang paling utama...barulah kita berDAKWAH kpd yg lain...wallahu'aklam semoga Allah melindungi kita dari laknatNYA...

Anonymous said...

tak perlu bersusah payah nak suruh org lain suka parti yang kita sokong krn kita pun tak boleh nak suka parti yg org lain sokong...masing2 ada pilihan dan suka.. tak boleh nak paksa2...kita bukan pengANUT mana2 parti krn yg bernama ISLAM adalah KHALIFAH ALLAH...maka segala hidup adalah krn ALLAH...yg suami isteri boleh bercerai tu, adalah krn tidak mampu memahami dan mengamalkan panduan dari AL QURAN dan sunnah Nabi saw. sbg kan ramai yg bercerai krn mcm2 sebab tak seFAHAMan..sebenarnya kita juga tak perlu gusar dgn DAKWAan sesiapa tentang siapa KAFIR...sdgkan kita sendirilah yg wajib memastikan ISLAMkah kita di sisi ALLAH swt...apakah amalan kita cukup untuk meletakkan kita sebaris para syuhadah..wali...alim ulamak ataupun yang berIMAN...wallahu'aklam. semoga kita dilindungi dari mereka yang celaka dan dilaknatNYA, amiin

Anonymous said...

maaf kpd admin blog n pembaca, 3 entri komen anonymous @ 12.10pm,12.16pm n 12.31pm adalah yg sama cuma ada edit. sini sana...tak disengajakan...Harap dimaafkan...