Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
February 5, 2013
Parlimen Jerantut Serabut Perut
1. Memang politik Jerantut bergolak dan celaru sedikit sejak akhir-ahkir ini. Bahkan dari dulupun memang politik Jerantut sentiasa bergelora. Keadaan itu sememangnya dirancang kerana 'pemain' dalam politik Jerantut memang sedar bahawa mereka hanya akan beruntung dalam satu keadaan dimana 'Jong Pecah Yu Kenyang'.
2. Penyokong politik Jerantut sentiasa hendakkan adanya pertarungan, barulah mereka akan mendapat faedahnya. Bagi pemimpin yang bertanding pula juga sedar bahawa mereka akan diangkat jika mereka meng'hulur'. Itu berlaku didalam setiap kali pemilihan UMNO, namun peraturan baru nanti akan menghalang dari perbuatan membeli undi seperti yang diamalkan oleh UMNO, juga Pas, PKR dan DAP. Bahkan mereka lebih teruk lagi.
3. Blogger 'Suck-Mangkok' dengan mudah dan secara sembrono menentukan bahawa Parlimen Jerantut akan jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Saya dah katakan pendapat saya, bahawa jika parlimen Jerantut jatuh ketangan pembangkang, ianya patut berlaku dalam PRU12 lalu kerana ketika itulah tsunami kuat melanda dan undi protes banyak menjurus kepada pembangkang. Saya sangat yakin dan pasti bahawa dalam PRU13 nanti, parlimen Jerantut akan tetap teguh pada gengaman BN, cuma berapa majoriti undi yang akan diterima itu bergantung kepada siapakah calonnya.
4. Tidak mustahil akan berlaku 'cas keting' sebagaimana sebelum ini kerana 'pakar' cas keting masih berada didalam AJK Bahagian untuk sentiasa mencari makan. Faktor perebutan kerusi berkenaan juga jadi faktor utama. Umum maklum bahawa ada 2 calon yang berani bertarung hingga 'mati' untuk menghidupkan kerier politik masing-masing. Ini diantara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar.
Baca selanjutnya disini.
Semakin dekat PRU, semakin banyak cerita cerita timbul. Bermacam cerita dari pelbagai sumber, baik dari pihak BN mahupun PR sendiri. Semuanya menjurus kepada siapa calon yang bertanding, siapa menang kalah dan bermacam lagi. Apapun yang berlaku, insyallah UMNO BN akan menang lagi di Jerantut. Buat pakcik Tuan Ibrahim Tuan Man, tak payahlah berangan nak bertanding. Balik jaga kebun lagi bagus.
Itu yang nampak di Jerantut. Di tempat aku pula, keadaan masih lagi tenang. Ataupun nampak macam tenang ?? Akupun tak dengar cerita cerita lagi buat masa ini. Insyaallah UMNO BN juga akan tetap menang. Kalau ada fightpun, itu kena tengok calon DAP dulu. Kalau calon macam yang lepas lepas, rasa senang senang je pengundi tempat aku nak humban dia ke sungai hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment