Geng Bas Sekolah

February 12, 2013

Kenapa Tiada Berita Kudung Jari Semasa CNY ?


Kalau korang perasan, setiap kali CNY, tiada ataupun amat amat kurang berita tentang kecederaan akibat mercun. Padahal kita boleh dengar dan lihat letupan mercun sana sini bukan?

Jawapan itu terletak kepada bangsa. Ye bangsa melayu lah yang paling ramai cedera main mercun. Baru sehari puasa, sudah ada budak yang hilang jari, buta mata dan hilang konek. Semuanya orang melayu. Kenapa jadi begitu ?

Sejarah sudah membuktikan bahawa mercun atau serbuk belerang dicipta oleh orang cina sejak ribuan tahun dahulu. Kerana itulah mungkin menjadi salah satu faktor kenapa orang cina tak cedera. Sebabnya DNA keturunan mereka sudah membuatkan mereka faham akan risiko mercun ini.

Tetapi orang melayu tidak ada pengalaman yang lama didalam teknologi belerang. Genetik orang melayu tidak kenal bahaya belerang. Dan orang melayu ini cukup terkenal dengan keberanian membabi buta. Kononnya kalau tak berani, maka mereka tak jantan. Konek tak keras kononnya. Padahal sikap itulah yang membuatkan orang melayu sering terlibat dalam masalah. Berani tanpa akal, adalah bodoh namanya. Lebih baik ko mampus masa dalam perut mak ko lagi okey!

Kedua, bangsa melayu cukup taksub dengan bola. Sampai wujud slogan suatu ketika dahulu  "tidur bola, makan bola dan bola bola api". Bangsa melayu ni kalau bab bab bola, memang taksub. Sanggup bangun tengah malam dan awal pagi tengok World Cup tapi tak nak bangun untuk solat tahajud. Bola lebih penting dari solat kata mereka.

Tapi sayang mereka tetap tak pandai main bola. Baru menang sekali juara Piala AFF Suzuki, dah kecoh cuti satu hari. lepas tu kalah berturut turut sampai hari ini. Kalah bola, bakar stadium, main mercun bola dalam stadium.

Nampak tak kaitan bola dengan mercun bola ?

Kerana taksub dengan bola, maka orang melayu adalah pemain mercun bola terbesar dirantau asia tenggara. Sebab taksub dengan bola, mercun pun nak main mercun bola. Sanggup buat mercun bentuk bola. Memang gila bola orang melayu ini kan.

Kerana mercun bola lah, ramai orang melayu yang cedera. Mana taknya, mercun bola dipegang dengan tangan. Konon nak tunjuk jantan. Jantan kepala bapak kau!

Mercun bola main baling baling pada kawan sendiri. Apa ko ingat mercun bola tu kuih bahulu ke nak baling ke kawan.

Tak pasal pasal kawan ko tu cedera. Sebab genetik orang melayu tak kenal bahaya belerang, sebab itulah mereka anggap mercun macam kuih raya. Boleh kepal kepal masuk mulut.


Lagi satu orang melayu adalah bangsa yang suka kecoh. Sebab itulah wujud peribahasa "ayam bertelur sebiji riuh sekampung". Sebab suka riuh, mereka main mercun bola. Padahal mercun bola adalah ibarat tin kosong. Bunyi saja kuat tapi tiada cahaya cantik. Hanya bunyi kosong. Kerana sukakan bunyi, ramai orang melayu terpedaya sehingga cedera.

Malangnya nasib orang melayu. Gila bola sampai cedera sebab mercun bola. Sebab bunyi yang gempar jugalah orang melayu terpedaya dengan mercun bola. Bilalah orang melayu nak insaf. Orang lain main mercun naik menjulang, mengeluarkan cahaya indah gemilang.


Tetapi orang melayu masih main mercun yang hanya ada bunyi kosong. Rendahnya martabat orang melayu. Kosong bak lagu Najwa Latif. Tiada apa apa yang boleh dibanggakan.

Insaflah orang melayu. Kalau nak main mercun, pilihlah mercun yang gah. Supaya cahaya indah menjulang tinggi. Dapat disaksikan bangsa lain bahawa orang melayu bukannya hina. Membuktikan orang melayu bukan sekadar tin kosong. Jangan sekadar bunyi gempar gempita tetapi tidak berisi apa apa.

Main bola biarlah betul . Jangan hinakan bangsa sendiri dengan hanya menjadi peminat fanatik team bola negara asing. Sebaliknya jadilah pemain bola yang dikagumi bangsa lain. Barulah bangsa melayu gah di arena dunia.

No comments: