Geng Bas Sekolah

January 29, 2013

KFC Bakal Dijahanamkan Oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya ?


Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.

Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.

Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.

Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.

Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Baca selanjutnya di Mykmu.Net

No comments: