Geng Bas Sekolah

January 5, 2013

Beza Bikram Singh Brahma Dan Anwar Ibrahim

Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.

Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Itu yang berlaku di India. Tetapi ada seorang ahli politik kat Malaysia ni yang balun jantan betina tetap boleh rileks tersenyum sukaaaa. Walaupun ada bukti video dia melahap ayam DAP, dia tetap boleh buat muka selamba. Betul betul hati kering ler dia ni kan.

No comments: