Geng Bas Sekolah

January 25, 2013

Anwar Ibrahim Sudah Syirik ?


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pakcik Anwar sudah syirik? Apa kata ostad PKR si Badrul Amin tu pulak? Opss lupa ostad PKR sekarang tengah sedap layan bini baru. Mana peduli dah pasal ugama pakcik Anwar dah sekarang. Lantak pi lah dia nak tunggang terbalik ke. Janji sedapppppp

1 comment:

Anonymous said...

Aku ada terdgr semlm dlm TV3 yang politik dan agama tak sama.. PAS cuma bekerjasama dlm politik shj... hmm.. betapa dangkal fikiran pemimpin mrk.. jadi sahlah dari pemahaman aku yang PAS dah terpesong.... duduk bwh telunjuk kafir demi kuasa.. tunduk demi kekayaan dan cita2.. mana yang dok sokong lagi tu renung2kan lah... rujuk pd ahli agama yg berlandaskan agama semata2.. yg tidak berpihak kpd mana2 parti.. baru tahu salah atau betul sokongan anda..