Geng Bas Sekolah

December 25, 2012

Sokong Ahli Politik Tolak Darjah Kebesaran


Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu. - Pisau.Net


Walaupun aku memang anti DAP tetapi dalam hal ini, secara peribadi aku memang setuju sangat orang orang politik ni tak terima apa apa darjah kebesaran. Aku setuju bukan pasal DAP ni nak anti Raja Melayu ke apa, tetapi aku setuju sebab sama ada penerima itu benar benar layak atau tidak.

Akhir zaman ni, darjah kebesaran dah tak ada makna. Terlalu banyak yang dapat gelaran sampai artis pun boleh dapat. Kalau artis veteren yang dapat tak apa. Ini artis muda yang kalau berlakonpun, filem tak sampaipun ke luar negara. Penuh kontraversi, seksi gedik, jual gelang buat bisnes MLM, artis yang macam ni boleh dapat gelaran. WTF!

Sepatutnya pemberian gelaran ni disekat sejak dulu. Kalau tak silap, penerima gelaran perlu mematuhi beberapa kriteria iaitu antaranya diberikan kepada mereka yang benar benar berjasa kepada rakyat dan negara, mempunyai had umur dan mempunyai akhlak dan keperibadian yang bersih dan baik. Baru layak diberikan gelaran.

Tetapi ini sampaikan si peliwat dan keling bershit pun ada gelaran, apa kejadahnya. Baru setahun dua berpolitik, buat kecoh sana sini, baik dengan menteri sudah mendapat gelaran. Bekas tentera yang berkorban jiwa raga mempertahankan negara, ramai tak dihargai tetapi orang politik, artis yang huru hara dapat gelaran kehormat. Langsung tak ada makna. Dan gelaran ni pun aku dengar turut dijual oleh pihak tertentu termasuk babitkan pihak istana.

Kalau betul kes ini, aku rasa amat sedih sebab gelaran yang membawa kehormatan kepada orang melayu sejak zaman kesultanan melayu Melaka, sudah tiada nilai lagi sekarang. Sesiapapun boleh mendapat gelaran walaupun mungkin seorang bapak ayam.

Aku betul betul berharap pemberian gelaran ini diperketatkan. Jangan jadikan ia sebagai barang perniagaan. Boleh direkomen oleh sesiapa saja supaya dapat gelaran. Akupun harap pihak istana ambil tindakan kepada penerima gelaran yang membuat benda benda buruk macam si peliwat dan keling bershit tu. Tarik balik gelaran daripada mereka supaya imej gelaran itu tak dikotorkan oleh manusia tak bermoral. Dan hadkan penerima gelaran ini setiap tahun supaya negara ini tidak dipenuhi mereka yang bergelar tetapi langsung tak membawa makna.

1 comment:

Jeffry said...

ADE gak YG BLEY BELI ANUGERAH TU CAM KAT PASAR MLM BROO HUHUHUHU