Geng Bas Sekolah

December 1, 2012

Penyakit Yang Merosakkan Parti


Bagi mereka yang meminati mengikuti perkembangan politik tentu tidak dapat lari dari mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung sekarang ini. PAU ini sangat penting dalam membayangi keupayaan UMNO BN menghadapi PRU13 nanti. Seperti yang ramai mengakui kekalahan banyak kerusi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu bukanlah semata-mata kerana kekuatan pihak pembangkang, namun ianya adalah kerana kelemahan UMNO BN itu sendiri.

Saya tidak melihat dibahagian lain namun di bahagian yang saya menjadi ahli perkara demikian berlaku dengan jelas dan nyata. Apabila seseorang ketua cawangan rakus dalam mengekalkan jawatannya untuk menjadikannya hak milik peribadi hingga mati maka mana-mana calon yang difikirkan layak dan berupaya untuk mengambilalih jawatannya akan dengan segera di'cantas'. Ini akan membuatkan orang-orang muda beranggapan bahawa UMNO hanya untuk orang tertentu sahaja.

Untuk memastikan akan kekal jadi ketua selama-lamanya, keahlian UMNO dicawangan rela diperkecilkan dengan membuang mereka-mereka yang berpotensi untuk menentang.

Begitu juga apabila mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dimaklumkan untuk menyertainya. Saya berpendapat bahawa dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan pemimpin UMNO cawangan tidak harus meminggirkan sesiapapun dari kampong yang cawangannya wakili hatta mereka itu adalah penyokong atau ahli pembangkang.

Sumber : BH

Aku sendiripun pernah menyaksikan hal seperti ini. Kadang kala ada sesuatu program, hanya orang tertentu sahaja yang dijemput. Melainkan mereka terdesak, mahu meramaikan majlis, nak minta tolong buat kerja barulah dijemput ahli ahli peringkat bawahan.

Kadang kala aku pelik apabila melihat UMNO cawangan A boleh bertelagah dengan cawangan B. Cawangan B tak sebulu dengan cawangan C. Ketua tak sebulu dengan AJK. Ketua Wanita bermasam muka dengan Ketua Puteri. Apabila ini berlaku, maka UMNO akan dilihat lemah dan berpecahbelah.

Alangkah bagusnya sekiranya semua cawangan mengadakan aktiviti serentak. Bekerjasama melaksanakan sesuatu program. Dengan itu barulah UMNO nampak meriah. Sebab semua ahli UMNO bersatu tanpa perlu membeza bezakan cawangan.

Banyak cerita yang aku dengar, orang menolak UMNO bukan kerana bencikan parti itu sebaliknya kerana kerenah pemimpin ataupun AJK. Malah ada sampai ke peringkat bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat, ditelan oleh pemimpin dan AJK AJK parti.

Aku tahu pucuk pimpinan parti sentiasa mendengar dan membaiki setiap kelemahan parti. Tetapi sekiranya orang yang diberi amanah untuk memimpin di cawangan bersikap buruk, segala usaha yang dibuat oleh pemimpin akan menjadi sia sia.

DS Najib sendiri turun padang, mendengar dan cuba mengatasi setiap masalah yang dihadapi rakyat. Tetapi malangnya ada segelintir mereka yang diberi amanah untuk bersama sama menbantu, hanya mementingkan diri sendiri. Orang beginilah yang menyebabkan nama UMNO menjadi buruk dan busuk dimata rakyat.

Aku harap segala masalah ini dapat diselesaikan sebelum PRU 13. Penyakit seperti ini memang tiada ubatnya. Melainkan tuan empunya diri itu sedar akan segala kesilapan dan berubah menjadi manusia yang lebih bertanggungjawap. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. UMNO sebenarnya perlukan sokongan rakyat, dan rakyat memerlukan UMNO untuk memastikan kehidupan mereka semakin baik dan sejahtera. Rakyat sedar tanpa UMNO, negara ini tidak aman dan makmur seperti sekarang.

Oleh itu amat diharapkan janganlah ada pihak yang cuba menghancurkan hubungan ini dengan memburukkan nama UMNO dimata rakyat. Sekiranya sedar diri itu melakukan kesilapan, berubahlah segera. Dan bersatulah sebelum terlambat kerana PRU semakin dekat. Jangan ulangi kesilapan yang dilakukan pada PRU yang lalu. Sekiranya masih berdegil, bukan sahaja parti UMNO akan terjejas malah negara juga akan hancur dan musnah.

2 comments:

Jeffry said...

HANYA ORANG YG BTUL2 PAHAM ERTI PERJUANGAN SEJATI JEK YG MENGHARGAI TITIK PELUH PEJUANG2 TERDAHULU...KLU YG MEMENTINGKAN DIRI TU BEK LUPE KAN JEK LER NIAT NAK BERTANDING HUHUHUHU

KLPOS said...

Salam Perkenalan dari KLPOS News Media : www.klpos.com

Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

Sekian. Jutaan Terima Kasih.