Geng Bas Sekolah

December 18, 2012

Pemuka PAS Makan Harta Anak Yatim


Apa dah jadi dengan tabung Memali? Penyelewengan membabitkan jutaan ringgit wang derma kepada anak anak yatim dan balu Memali hilang begitu saja. Hingga sekarang tidak ada seekor pun kalangan PAS yang berani buka mulut.

Semuanya lagak macam tiada apa apa yang berlaku,Inilah salah satu contoh bagaimana puak ini menghalalkan yang haram.Munafik akhir zaman ini akan menyerang lawan mereka untuk menutup kesalahan sendiri.

Ada mana mana khawarij yang berani pertahankan dengan fakta mengenai penyelewengan tabung Memali? Tak ada beb...sebab memang sah puak ni makan duit haram..

Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali

Siapa Mohamad Yusof Hussin?

Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985.


TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS.

Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan.

Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak, YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan.

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah.

Benarkah dakwaan puak-puak ini? Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah?

Bagaimana Hasan Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke tangan sepatutnya? Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh misteri' menjadi kosong.

Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini?

Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan penduduk Kampung Memali. Walhal rekod dan saksi pula menyatakan sebaliknya?

Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000?

Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. Yusuf Hussin adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9 orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli keluarga Tragedi Memali dipinggirkan.

Sumber : Pisau.Net

3 comments:

Anonymous said...

hello!,I love your writing very a lot! share we keep in touch extra approximately your article on AOL?
I require a specialist on this area to solve my problem.
May be that is you! Looking ahead to peer you.
My homepage :: Buy Targeted Facebook Likes

Anonymous said...

PAS BKN SPESIS "MUKA SYURGA" 100% BROO...DIORANG PUN ADE NAFSU NAK MENGGATAL..MENYAMUN..BIKIN SAMSENG..TAPI YANG PALING KELAS SKALI HANDAL DOA MENJAHANAMKAN SESAMA UMAT..DIORANG ANGGAP DIRI DAH SETARAF DEWA KAYANGAN...JENIS SESAT TAK BLEH NAK BIKIN U-TURN LG...HARKKK PTUIHHH KEHKEHKEHKEH

Anonymous said...

terserlah kemungkaran hamPAS mereka. Sebuah parti yang mengamalkan ajaran syaitan yang bersesuain dengan nama mereka dari PARTI AJARAN SYAITON