Geng Bas Sekolah

December 26, 2012

PAS Menutup Rasuah Balak Dengan Mengkafirkan Umat Islam


Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan 'habuan' kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai. Ia dikatakan 'habuan' kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.

Pemberian 'habuan' daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila 'urusniaga gelap' mereka terdedah.

Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh pemimpin UMNO pula sebagai punca. Kononnya, pemberian tanah tersebut telah diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Jelas, ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah, agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat. Ini kerana, kedua-dua surat yang dijadikan 'bukti tidak bersalah' oleh PAS itu hanyalah surat sokongan terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah kepada sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri.

Namun, Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua. Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok Guru Nik Aziz sendiri?

Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di dalam Dewan DUN Perak oleh Dato' Hamidah Osman. Sudah menjadi sikap samseng semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka. Justeru, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Dato' Hamidah dan menuding jari sambil mengugut "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.

Namun, seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika kejadian. Maka, terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah membesarkan lagi isu tanah ini. - Pisau.Net

Kalau tak menipu dan memfitnah, bukan PR lah namanya.

1 comment:

Jeffry said...

KEHKEHKEH ASAL FUCKATAN ADE MSLH BESAR JEK WALLY TO THE RECSUE DGN FATWA MERAPU DIA...ADOIYAIIII