Geng Bas Sekolah

December 28, 2012

Nik Aziz Semakin Riak - Pertahan Amanat Mungkar !


Sejak pendedahan C.N Al Afghani mengenai amanat sesat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981, Hj Hadi terus dihentam bertubi tubi bukan sahaja oleh blogger dan ulama, malah ada puak PAS sendiri yang mengaku bersalah dan berasa amat berdosa kerana mengikut amanat sesat terbabit.

Menurut amanat Hj Hadi, setiap orang islam yang menyokong UMNO adalah kafir, dan kalau mati semasa menentang orang orang islam ini, maka orang itu mendapat syahid. Kemuncak amanat Hj Hadi, maka terjadilah peristiwa Mamali dimana empat orang polis telah terkorban dan empat belas termasuk ketuanya iaitu Allahyarham Ibrahim Libya terbunuh. Semuanya kerana Arwah Ibrahim Libya terlalu taksub dengan parti politik PAS dan berpegang kepada amanat sesat Hj Hadi.

Selepas peristiwa itu, keganasan puak PAS mulai kendur sedikit tetapi amanat Hj Hadi masih lagi diamalkan. Kerana itulah masih wujud sehingga kini peristiwa solat dua imam, majlis perkahwinan atau kematian umat islam dipulaukan oleh puak PAS, perbalahan sehingga putus saudara sesama ahli keluarga. Semuanya kerana puak ini terlalu taksub dan percaya kepada amanat Hj Hadi.




Dan sejak pendedahan amanat Hj Hadi dibuat baru baru, Hj Hadi terus mendiamkan diri. Walaupun ramai yang meminta Hj Hadi tampil memohon maaf dan menarik semula amanatnya secara terbuka, Hj Hadi terus berdiam diri menyorok entah kemana. Seolah olah ghaib bagaikan ditelan bumi layaknya.

Untuk membersihkan nama dan imej Hj Hadi, maka Nik Aziz selaku kepala didalam PAS terpaksa membuka mulut dan membersihkan kekotoran yang terpalit disekujur tubuh Hj Hadi. Nik Aziz baru baru ini "terpaksa"mengeluarkan kenyataan bahawa amanat itu  perlu dipertahankan.

Katanya, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu mengenai hukum syarak bukan calang-calang, malah menurut Nik Aziz desakan mufti-mufti supaya Hadi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan tiga dekad lalu sebagai tidak wajar.

Nik Aziz sebaliknya mencadangkan agar mufti-mufti untuk mengadakan perbincangan bersama Hadi mengenai perkara tersebut.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya. - SUMBER

Inilah dia seorang yang dikatakan ulama tersohor dari bumi "Serambi Mekah". Sanggup mempertahankan amanat mungkar yang menyebabkan perpecahan dan kehancuran kepada umat Muhammad s.a.w. Malah dengan angkuh mendakwa ilmu yang dimiliki oleh Hj Hadi adalah tinggi kerana berkelulusan Madinah yang cemerlang.


Seorang ulama yang sebenar benar ulama, tidak sepatutnya berbangga dengan ilmu atau kelebihan yang dimiliki. Harus sentiasa bersikap merendah diri, mengaku dan bertaubat jika merasa melakukan kesalahan. Malah seorang ulama juga tidak harus menggalakkan umat Muhammad s.a.w dipisahkan hanya kerana fahaman politik duniawi.

Sebagai umat Muhamad s.a.w, kita seharusnya berfikir akan kenyataan yang dibuat oleh dua ulama politik dunia ini. Adakah ajaran islam itu menganjurkan perpecahan dan permusuhan semata mata berbeza parti politik ataupun adakah ajaran islam yang sebenar adalah menggalakkan perpaduan dan penyatuan ummah tanpa mengira bangsa, bahasa ataupun warna kulit ?

Ingatlah selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, percaya serta yakin kepada Allah s.w.t, melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan yang dilarangNya maka kita adalah umat islam dan umat Muhammad s.a.w. Kita beriman kepada Allah s.w.t, bukannya kepada parti politik.

Teringat kepada suatu peristiwa dimana seorang sahabat Rasullulah s.a.w membunuh seorang musuh

Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata, "Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati."Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui isi hatinya?"

Dengan mengucap kalimah syahadah saja, sudah membuktikan dia adalah islam, apakah hanya kerana tidak menyokong perjuangan PAS, maka orang itu dianggap kafir ? 

Apakah Nik Aziz dan Hj Hadi itu lebih tinggi dan mulia daripada nabi junjungan Rasullullah s.a.w ? Sudah tentu tidak. Jadi adalah WAJIB bagi kedua orang politik ini menarik semula amanat sesat, meminta maaf kepada umat islam dan seterusnya bertaubat kepada Allah s.w.t.

Jangan kerana ego dan taksub kepada politik, maka sanggup mempertahankan amanat sesat. Ingatlah siksaan api neraka itu amatlah pedih. Bertaubatlah selagi masih mempunyai nafas diatas dunia ini.

1 comment:

Anonymous said...

SKANG BOLA KAT KAKI HJ HADI. WALLY SLIPAU SIBUK KIPAS DIA JGN TINGGAL KN DIA SEKOR2 KT PINTU NERAKE..NASIB LERRR JER