Geng Bas Sekolah

December 20, 2012

Buang Ejen Syaitan Sebelum PRU


KITA terima pandangan pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan juga penyokong-penyokong untuk memberikan  fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.

Demi kemenangan parti,semua orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib `winnable candidate’.

Tidak guna PM Najib berteriak masa ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan UMNO 2009 yang bertajuk Menakhoda Zaman itu sedangkan dalam masa yang sama masih ada parasit-parasit yang mengelilingi Najib dengan berbagai-bagai agenda peribadi dan PM Najib juga dilihat cukup keras memberikan peringatan tetapi dalam masa yang sama terlalu naïf untuk mengambil tindakan terutama sekali terhadap orang-orang yang berada di sekelilingnya hari ini.

Najib pasti pernah dengar kata orang-orang tua bahawa dalam memilih kawan kita kena berhati-hati kerana tersalah pilih ianya boleh menjadi duri dalam daging ataupun api dalam sekam dan Najib yang tidak pernah lekang impian serta harapannya supaya semua peringkat kepimpinan memberikan focus bagi menentukan hidup mati UMNO di PRU13 nanti,ada dari kalangannya yang mengaku sebagai kawan atau orang kanan beliau cukup rakus membina kekayaan.

Kita juga bersetuju dengan apa sahaja cadangan yang mahukan setiap dari kita tidak menyerang atau membongkar kebejatan moral atau apa sahaja salahlaku baik penyelewengan kuasa dan hubungan baik antara najib dengan rakan-rakannya di antara satu sama lain tetapi dalam masa yang sama,orang-orang disekeliling Najib jangan pula menggunakan kuasa serta pengaruh yang ada untuk menikam dari belakang rakan-rakan seperjuangan lain ataupun menhasut Najib untuk membuang pemimpin itu dan ini kerana mereka bukan datang dari satu kem,bukan kawan ataupun sahabat Najib ataupun tidak sehaluan gaya pemikiran politik mereka.

Kritikan demi kritikan yang dilakukan bukan untuk menjahanamkan UMNO ataupun Barisan Nasional tetapi kita tidak mahu menyokong ataupun memiliki pemimpin ataupun calon di PRU13 nanti seperti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.

Politik puja puji atau ampu mengampu ini tidak lagi sesuai berada di era ini apatah lagi UMNO adalah parti milik tiga juta lebih ahlinya dan bukan harta emak bapak sesetengah pemimpin yang rakus yang menggunakan nama UMNO untuk mengisi tembolok mereka.

Ahli wajib mengkritik dan menegur ataupun mendesak pimpinan tertinggi parti mengambil tindakan seandainya mereka ini benar-benar menjadi pengkhianat kepada parti.Kehadirannya boleh menjadikan parti malu kerana adanya pemimpin begini,ahli berhak bersuara.

UMNO adalah parti keramat orang-orang Melayu dan kita tidak mahu ada lagi Anwar Ibrahim kedua dalam UMNO dan kita mengesan corak politik yang dibawakan oleh Anwar masa berada dalam UMNO dulu sedang dipraktikan oleh beberapa seorang dua pemimpin,ada yang menyusun calon-calon dengan memperalatkan nama Najib dan ada pula yang mengaut projek-projek tertentu menggunakan nama Najib dan juga UMNO.

 Dalam kita berusaha membongkarkan segala kebejatan moral, penipuan,pembohongan serta fitnah bersiri pakatan jahat pembangkang, pemimpin atasan hanya dilihat berpeluk tubuh dan menyerahkan bulat-bulat kepada askar-askar bawahan untuk menangkis serangan pembangkang dan juga menyerahkan sewenang-wenangnya kepada PM Najib secara solo untuk menjawab segala tomahan pembangkang.

Mereka ini jugalah yang mengaku kawan Najib,mengaku orang yang dekat dengan Najib tetapi malangnya saat Najib dan keluarganya diserang oleh fitnah pembangkang,apa yang mereka ini buat?

Mereka ini cakap sahaja pandai tapi akal mereka penuh dengan tipu daya.Yang penting saya tidak akan terpedaya.Perahu sudah diair,dayung sudah ditangan! Kita perlu tolak pemimpin yang dulunya asal ular lidi tetapi telah menjadi ular sawa dan sekarang sedang cuba menjadi anaconda.

Sumber : Sangah Tok Janggut

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://www.mulberryinoutlet.co.uk]Mulberry uk[/url] The Spanish settlements at Cuba, Puerto Rico and Jamaica also developed mills. [url=http://dkgoose.com]Canada Goose jakker[/url] Mhpqjomzz [url=http://www.louboutinoutletuks.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url]
yxferl 340278 [url=http://www.chilliwackbombersoutlet.com]canada goose parkas on sale[/url] 413736 http://www.beatsbydreaonsales.com