Geng Bas Sekolah

November 18, 2012

Mimpi Hadi menjadi PM Termakbul


Tak lama dulu Hj Hadi sudahpun membayangkan dia akan bertanding dengan DS Najib di parlimen Pekan. Dengan harapan dia akan membelasah Najib kaw kaw gila. Rupa rupanya mimpi dia tu bukanlah sekadar mimpi basah di siang hari tetapi rupa rupanya bakal menjadi realiti.

Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam menegaskan, ahli-ahli Pas tidak sepatutnya berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) seorang yang begitu berkaliber untuk memimpin sebuah negara lantas mengundang apa yang disebutkan sebuah negara yang baik, dasar kerahmatan dan pengampunan daripada Allah SWT," katanya sambil disambut dengan laungan takbir Allahuakbar oleh para perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini.


Punyalah beriya melobi Hj Hadi, sampaikan dalam Muktamar pun mamat ni beriya iya bercakap mengenai isu Hj Hadi nak jadi PM. Tapi agak agak dia ni sedar ke tak, yang sekarang ni puak PAS bertanding sebagai satu kumpulan dengan PKR DAP ?

Rasa rasa pakcik Anwar dengan apek Guan Eng bagi ke tak Hj Hadi ni jadi PM?

Dalam Muktamar boleh ler cakap apa apa baiii. Try test tengok cakap kat luar camne. Kalau tak kena maki dengan geng PKR DAP, mahu kena hentak terus masuk ICU. Hj Hadi jadi PM? Hahahahaha

No comments: