Geng Bas Sekolah

November 18, 2012

Anwar Terus Membisu Menyaksikan Pembunuhan Umat Islam Palestin


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15-minit, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Najib dan Morsi juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.

Serangan udara Israel sejak dua hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung. - BERNAMA

No comments: