Geng Bas Sekolah

November 7, 2012

Ada Pengkhianat Mahu Menjual KFC ?


SEMUA tersentak bila kerajaan Negeri Johor melalui anak syarikatnya Johor Corporation sedang menimbang cadangan untuk menjual Kentucky Fried Chicken(KFC) kepada seorang usahawan Cina sedangkan semua orang tahu KFC adalah aset paling berharga yang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan  negeri itu.

KFC adalah tonggak kejayaan Johor Corparation malah jenama ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi turut di kenali di seluruh dunia malah telah melahirkan ramai-usahawan Melayu yang boleh menyumbangkan segala hasil kepada KFC.

Tindakan Menteri Besar Johor  mahu menimbang cadangan untuk menjual KFC ini kepada usahawan Cina menimbulkan berbagai-bagai persoalan apabial sudah banyak aset-aset milik rakyat Johor sebelum ini dijual  terutama sekali melibatkan tanah kepada Cina dan mereka mempersoalkan,berapa banyak lagi harta orang Melayu Johor mahu dijual ataupun digadaikan kepada Cina yang berkepentingan?

Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai  Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?

Tindakan mahu menjual aset amat berharga ini sekiranya dipersetujui oleh Ghani  akan membuktikan bahawa Ghani semakin hilang akal kerana kalau semua kepentingan Melayu mahu dijual,apa lagi yang boleh Melayu Johor bangga-banggakan dan  adakah Ghani mahu namanya disebut dan dikenang sepanjang hayat sebagai Menteri Besar  yang langsung tidak tahu menjaga harta ataupun kepentingan orang Melayu di negeri itu.

KFC sepatutnya terus dikembangkan agar dapat memberikan faedah kepada orang-orang Melayu yang menceburi bidang yang berkaitan dan bukannya bilamana KFC disebut di merata dunia ekoran kejayaannya,kerajaan negeri Johor pula  mengambil pendekatan mahu menjualkannya.

Adakah idea penjualan ini datang dari Zaki Zahid ataupun Lembaga Pengarah Johor Corporation yang baru dilantik menduduki jawatan tersebut?

Baca selanjutnya di STJ

Tak cukup dengan penghinaan orang cina terhadap orang melayu yang kononnya orang melayu tak tahu berniaga, kini ada pula orang melayu yang lupa diri mahu menjual aset penting orang melayu kepada orang cina.

Kalau betul KFC mahu dijual kepada orang cina, tindakan ini HARUS DIHALANG. Jangan biarkan satu demi satu aset dan maruah orang melayu islam ini terus tergadai kepada orang orang cina. Tak kira siapa dalangnya, orang sebegini harus diajar.

Di saat umat islam dinegara lain ditekan oleh musuh islam, di negara ini pula ada orang islam yang biadap mahu menyerahkan maruah dan harta orang islam kepada orang kafir.

Celako ! Celako ! Celako !

1 comment:

Anonymous said...

baguih la tuuu....inilah baru di namakan melayu tolong melayuuu....