Geng Bas Sekolah

October 19, 2012

Tragedi Harapan Bangsa 1Malaysia


Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan digesa menyiasat lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya didapati lagu berkenaan benar-benar mempunyai unsur seperti didakwa, tindakan berlandaskan undang-undang perlu diambil segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

“Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu’ memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.

“Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku’. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu.

“Saya harap Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh merujuk perkara ini kepada Jakim untuk memastikan sama ada lagu berkenaan benar-benar menyentuh soal akidah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Jaclyn Victor atau lebih mesra dipanggil Jac telah menegaskan bahawa, sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama, isu lagu ‘Harapan Bangsa’ tidak perlu dipertikaikan. Ini kerana, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut Kristian dengan menyanyikan lagu berkenaan.

“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.”

“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?” soalnya yang cukup popular menerusi lagu Gemilang.

Penyanyi bersuara lantang ini turut menjelaskan bahawa, lagu tersebut dirakam dalam versi Bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. Jadi tidak ada isu untuk memboikot lagu tersebut.

Hahaha ambik kau. Aku dah dengar lagu ni. Aku tengok lirik dia. Bab setiap suku, setiap kaum di Malaysia memanglah satu masalah. Tapi paling utama adalah bahasa melayu yang digunakan. Jac adalah seorang penyanyi yang popular dikalangan anak muda melayu. 

Bayangkan kalau lagu ini tiba tiba didengar atau lebih tepat dilayan oleh anak muda melayu yang bodoh bangang macam puak PR. Tak ke haru biru dorang jadinya. Pemimpin PR sendiri memang tak kisah sebab dorang dah setuju jual nama Allah pada puak tu.

Tapi iyelah siapalah aku nak tegur benda benda macam ni. Dah namapun 1Malaysia kan. Sapa buat 1Malaysia tu sendiri tanggung ler.

1 comment:

luke said...

lagu lama ni, cuma baru sekarang jadi kontroversi.