Geng Bas Sekolah

October 16, 2012

PAS Kedah Tolak Nik Aziz

Minggu lepas DAP hentam PAS Kedah dalam isu papan tanda iklan (klik sini). Dan hari ni PAS kedah pulak mengelepar menjawap tuduhan DAP.

Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.
 
Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.

"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). - Utusan Malaysia

Huru hara PAS sekarang. Tapi puak PAS Kedah ni tak takut kena sumpah ke dengan Nik Ajis. Nik Ajis cukup marah kalau ada orang yang pertikaikan apa yang DAP buat. Bagi dia, DAP itu lebih baik dari umat islam itu sendiri. Malah Nik Ajis cukup berharap pada DAP untuk PRU 13 nanti.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

“Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah,” katanya.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. - BudakBenteng


Aku rasa ada puak PAS Kedah ni nanti yang tiba tiba dapat sakit lidah terjulur panjang. Semalam Nasharuddin dah kena sumpah tapi nasib baik tak jadi apa apa. Lepas ni sapa pulak kena sumpah lidah panjang hehehehe.

1 comment:

Anonymous said...

ITU PSL MULUT WALLY SLIPAU MAKIN HARI MAKIN MEMBUSUK BROO..HARI2 JILAT TONGKENG KAPIR HARBI DEEAYYPIG..RAKYAT TAU PAS CUMA LEMBU TUNGGANGAN DINASTI LIM KIT SIYAL ANAK BERANAK..YE LERR NAK SEDAPKAN HATI PENCACAI PUNYE PSL WALLY SLIPAU KONA BARING SKET KATE DEEAYYPIG X PENAH USIK PAS..CUMA KELDAIKAN PAS JEK KEHKEHKEHKEH ADOIYAIIII