Geng Bas Sekolah

October 25, 2012

Kelantan Bukti Kegagalan PAS


KEGAGALAN Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan program Ladang Rakyat seperti dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini menyerlahkan lagi bukti bahawa kerajaan Pas Kelantan tidak bijak mengurus serta mentadbir negeri.

Program Ladang Rakyat bukanlah satu-satunya bukti kegagalan pentadbiran Pas di Kelantan, pelbagai lagi isu membabitkan kehendak rakyat masih tidak mampu dipenuhi oleh kerajaan tersebut walaupun sudah mentadbir negeri itu lebih 20 tahun. Misalnya isu air.

Sehingga kini rakyat Kelantan masih tidak menerima bekalan air bersih seperti yang dinikmati oleh kebanyakan negeri di Malaysia. Kini timbul pula isu kegagalan kerajaan negeri menguruskan ladang yang sepatutnya memberi faedah kepada penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Oleh itu, banyak pihak tampil membidas kerajaan Pas Kelantan berikutan kegagalan mereka menguruskan projek yang sewajarnya memberi keuntungan kepada rakyat. Nada serupa turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim memberitahu, sepatutnya projek itu boleh berjaya dan berjalan dengan lancar sekiranya Kelantan ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa serta berfikiran ke hadapan.

Sambil menyifatkan nasib rakyat Kelantan khususnya yang terbabit secara langsung dalam projek ini dengan memajakkan tanah mereka sebagai 'hidup segan, mati tak mahu', Ibrahim berkata, kegagalan terbaru kerajaan Pas Kelantan itu sewajarnya dijadikan iktibar oleh masyarakat tempatan.

"Ini bukan Ladang Rakyat, tetapi Ladang 'Air Mata' Rakyat. Apa yang rakyat dapat daripada projek ini? Tanah telah dipajakkan tetapi hasil tidak ada, pampasan pula tidak setimpal dengan tanah yang dipajak.

"Pas memang pandai kritik orang lain, apabila tegur orang lain bukan main hebat, kadang-kadang perkara remeh boleh jadi isu. Tetapi kita boleh lihat sendiri, parti itu telah memerintah Kelantan selama 22 tahun tetapi tidak nampak sebarang kemajuan. Ketinggalan dengan negeri-negeri lain lagi adalah," katanya.

Menurut Ibrahim, kegagalan Kelantan menjadi sebuah negeri yang membangun dan maju adalah kerana negeri berkenaan ditadbir oleh pemimpin yang tidak mempunyai kreativiti serta berdaya inovasi tinggi.

Katanya, sekiranya pemimpin negeri itu bijak menggunakan kekayaan sumber alam semula jadi yang ada di sekelilingnya, sudah tentu Kelantan setaraf dengan negeri Melaka yang maju dan berdaya saing.

"Kelantan ini unik. Ada pantai yang cantik, kawasan hutan yang boleh dijadikan tempat rekreasi, sungai, kepelbagaian kebudayaan serta makanan dan macam-macam lagi. Tetapi kerajaan yang mentadbir tidak pandai memanipulasi kelebihan yang dipunyai negeri untuk kemajuan.

"Kelantan berpotensi besar dalam sektor pelancongan. Kenapa tidak dibangunkan sektor tersebut? Thailand yang bergolak pun ramai pelancong asing datang kerana mereka pandai menggunakan kelebihan yang dimiliki dalam sektor pelancongan.

"Apabila kita cakap perkara ini, pemimpin bangkitkan mengenai isu royalti minyak, katanya dapat duit royalti baru boleh laksana pelbagai projek. Saya mahu tanya suatu perkara, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan menerima royalti minyak, adakah mereka mampu menguruskannya dan memajukan Kelantan? Sedangkan isu air sehingga hari ini tidak selesai, projek Ladang Rakyat pula gagal," jelasnya.

Ibrahim berkata, tidak perlu tunggu royalti minyak untuk memajukan Kelantan, sebaliknya pemimpin Kelantan perlu bijak menggunakan sumber alam semula jadi lain yang terdapat di negeri itu.

"Kenapa tidak dimajukan kawasan Pantai Cahaya Bulan? Kenapa tidak dibina pusat peranginan, resort-resort supaya dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara? Kenapa tidak dibina zoo atau muzium yang mempamerkan segala bentuk kebudayaan masyarakat Kelantan seperti wayang kulit, permainan tradisional wau dan sebagainya?

"Tengok Melaka, negerinya kecil tetapi pemimpinnya bijak menggunakan kelebihan dimiliki negeri itu iaitu sejarahnya, sekarang telah menjadi negeri maju. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih," ujarnya.


Sambil berseloroh, Ibrahim memberitahu, Kelantan mempunyai banyak monyet dan mempersoalkan kenapa tidak ada inisiatif daripada kerajaan negeri melatih monyet-monyet tersebut untuk dijadikan bahan hiburan supaya menjadi daya tarikan kepada pelancong.

"Latihlah monyet-monyet itu daripada biarkan begitu sahaja. Buat satu pasukan bola sepak dan adakan perlawanan setiap minggu. Pasti Kelantan dipenuhi pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya berjenaka.

Menurut Ibrahim, pokok pangkalnya ialah memilih pemimpin yang berfikiran ke hadapan, kreatif, berinovasi dan agresif dalam membangunkan Kelantan.

"Rakyat Kelantan perlu bijak memilih pemimpin selepas ini. Pilihlah yang benar-benar boleh membangun serta memajukan negeri, bukannya seperti pemimpin Pas yang hanya tahu mengkritik tindak-tanduk orang lain, sedangkan negeri dan kebajikan rakyat sendiri terabai," jelas beliau.

4 comments:

Jeffry said...

KEHKEHKEH WALLY SLIPAU X PLAK UNGKIT PSL NAK PASANG SISTEM MEMBRANE..DIA TAU DIA DH HABISKAN BYK PERUNTUKAN PUSAT MASUK KANTUNG SENDIRI..BILE XDE DUIT MINTAK KAT RAKYAT..NK BIKIN HIWAY PUN MENGEMIS KAT RAKYAT..APE PUNYE MB BADIGOL!! ADOIYAIII

Kelab Puteri UMNO Mahu Lingkupkan UMNO said...


Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?


Jika Pemuda dan Puteri UMNO memilih untuk jadi LEMBU,...... Ahli2 UMNO yang sedang aktif atau hanya menjadi pemerhati di laman2 blog ini tetap akan membuat undi protes pada PRU akan datang... Walau apa jua alasannya, mereka tetap akan mengundi Pakatan Rakyat tanpa perlu berdolak dalik... Ini telah dibuktikan oleh Pemimpin2 UMNO sendiri perkara itu akan terjadi... Sabotaj calon UMNO secara total untuk kuburkan parti itu..


Janji Ditepati - Pemuda Dan Puteri UMNO 'Budak Tolol' Dan 'Sampah Parti'

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~






(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

Anonymous said...

Salam Sejahtera Penulis,

Awak dapat kat mana fakta PAS gagal di Kelantan. Saya org kelantan dan semua rakyat kelantan tahu Kelantan telah pesat membangun di bawah pemerintahan Pas. Kalau kamu hanya dapat maklumat daripada Berahim Ali tak payah publish kat sini la... kalau kamu nak tau Berahim ali nie bukan setakat rakyat kelantan menyampah kat dia beruk yang panjat kelapa pun naik meluat dgn Berahim Ali nie..

Anonymous said...

Betul tu..sy pun slama ni ingt kelanta sgt mundur seperti yg dgembar gemburka, jun haritu g kelantan sy tkejut, kelantan jauh lbh maju dr pahang..