Geng Bas Sekolah

September 7, 2012

Waris Pencipta Jalur Gemilang Tuntut Royalti 55 Juta Ringgit


Terkejut juga aku bila baca cerita ni yang disiarkan didalam Sinar Harian. Waris pencipta Jalur Gemilang mahu menuntut royalti sejuta ringgit setahun bermula pada tahun 1957 sehingga sekarang. Ini bermakna Kerajaan kena bayar kepada dia 55 juta ringgit. Gila ke tamak macam ni?

Aku tak faham kenapa dia ni beriya iya sangat nak duit royalti. Bendera Jalur Gemilang sekarang sudah menjadi hak rakyat dan negara sejak bermulanya ia berkibar pada tahun 1957. Cubalah bertolak ansur sedikit. Janganlah hidup ni semuanya nak berkiblatkan pada wang ringgit.


Allahyarham Mohamed Hamzah sendiri merahsiakan dirinya pencipta sebenar Jalur Gemilang. Jadi amat tak patut apabila waris Allahyarham pula yang beriya iya sangat menuntut royalti. Ya mungkin Kerajaan kurang memberikan perhatian kepada jasa Allahyarham tapi itu bukan alasan untuk "memeras ugut" Kerajaan.

Kerajaan sekarang sudahpun mengiktiraf Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang, jadi seharusnya niat ikhlas Allahyarham merekacipta Jalur Gemilang itu tidak dikotori oleh waris waris yang mahukan wang ringgit. Anggaplah Jalur Gemilang itu sebagai amal jariah Allahyarham buat rakyat dan negara. Semoga setiap kali Jalur Gemilang berkibar megah, Allahyarham mendapat pahala. Itu lebih baik daripada membuat tuntutan yang bukan bukan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

WARIS P. RAMLEE PUN TAK TAMAK HALOBA MCM DIA BROO. SEMUA GENERASI DAPAT TENGOK KARYA EVERGREEN DIA TU. INI KAN PLAK BENDERA KEMEGAHAN NEGARA!..SETAKAT INGAT2 SKET JASA TAKDE SLHNYE..JGN LER BERSIKAP TAMAK SANGAT MCM PEMBANGKANG..TAMAK BWK KE LOBANG KUBO! KEHKEHKEH

Anonymous said...

ko tak malu ke dengan keturunan ko nak minta upah bukan hasil titik peluh ko, yang dah mati tak kata apa-apa, yang hidup pula nak mengada-ada. Macam tu orang yang jahit bendera tu pun nak minta upah juga, dan yang mengibarkan bendera tu pun nak minta upah, dan yang ...... semua nak minta upah