Geng Bas Sekolah

September 11, 2012

Pembangkang Guna Strategi Yahudi Zionis


“Ini kita anggap sebagai peringatan kepada wakil rakyat yang lain, jika berada di luar perlu lebih berjaga-jaga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan yang ditumbuk seorang lelaki kelmarin.

Beliau ditumbuk seorang nelayan yang tidak berpuas hati apabila perniagaan di pasar di sini didakwa terjejas gara-gara kewujudan pasar Burma di kawasan sama.

Mat berkata, walaupun ditumbuk di khalayak ramai dalam kawasan sendiri, semangatnya sama sekali tidak luntur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membela nasib rakyat.

Menurutnya, isu pasar yang didakwa bukanlah masalah utama beliau ditumbuk lelaki terbabit. Kata Mat, lelaki itu dipercayai daripada parti pembangkang dan tidak puas hati apabila ramai penduduk di sekitar kawasan berkenaan memilih perjuangan yang dibawanya.

Mengenai kes tumbuk itu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak, tetapi tidak mahu mana-mana individu cuba bertindak membelanya akibat dendam.

“Kita ada undang-undang, jadi biarlah undang-undang menentukan. Perjuangan akan diteruskan, cuma kita perlu lebih berhati-hati semasa berada di luar memandangkan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Sebenarnya pasar Burma itu bukan di bawah kuasa saya. Ia di bawah kuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Mereka di situ hanya berniaga pada sebelah malam. Mereka rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Bidara dekat sini, sempena rumah terbukanya, petang semalam.


Satu dunia tahu betapa jahatnya yahudi zionis. Dorang membunuh, menyembelih jutaan umat Muhammad s.a.w sejak berpuluh tahun lalu di Palestin dan Lubnan.

Dan sekarang sekutu yahudi zionis kat Malaysia iaitu PR sedang melaksanakan strategi yang digunapakai oleh yahudi zionis. Bermula dengan rampasan tanah rakyat, menyekat bekalan air kepada rakyat, menghalang rakyat mencari nafkah pencarian dengan meroboh kedai dan mengusir mereka dari tapak perniagaan, membuat rusuhan, menyerang orang lain sesuka hati dan sekarang mengacu senjata api kepada rakyat. Inilah taktik yang diajar oleh yahudi zionis kepada PR.

No comments: