Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
September 25, 2012
Peluang Melancong Bersama Anwar Ibrahim
Budaya hidup mewah memang tidak dapat dipisahkan dengan pemimpin PR sejak dahulu lagi terutamanya pakcik Anwar. Menjelang PRU 13, pakcik Anwar membelanjakan jutaan ringgit untuk menempah bas mewah dan juga lori propaganda yang boleh diubahsuai.
Dan sekarang pakcik Anwar menggunakan pesawat peribadi mewah pula untuk pergi berjalan kesana sini. Begitu hebatnya pemimpin kesayangan PR sehinggakan kekayaan beliau mengalahkan pemimpin negara yang dilantik secara sah oleh rakyat.
Selama ini puak PR menuduh DS Rosmah suka membazir dan hidup bermewah sehingga menggunakan gambar palsu untuk memfitnah beliau, tetapi sekarang pemimpin kesayangan puak PR rupa rupanya yang mengamalkan gaya hidup mewah.
Baru bergelar pemimpin pembangkang, pakcik Anwar sudah membazirkan jutaan ringgit, bagaimana pula sekiranya dia menjadi PM Malaysia? Sudah pasti lebih banyak wang termasuk wang rakyat akan beliau gunakan untuk kegunaan peribadi.
Jika beliau menjadi PM, negara tidak mampu membiayai gaya hidup mewah beliau yang setanding dengan pemimpin pemimpin negara barat. Jika ini berlaku, negara terpaksa menanggung beban hutang dan rakyat pula menanggung beban cukai yang tinggi. Malah mungkin juga subsidi yang dinikmati rakyat selama ini terpaksa dipotong untuk membiayai gaya hidup mewah pemimpin PR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ANUWAR GAH SBB ADE JET, BAS EKSKLUSIF...BLEY TERBANG SANA SINI..BERKOKOK TAK HENTI2..TERIMA DANA DR YAHUDI...TP DIA JGN LUPE RAKYAT TENGAH PERATI PERANGAI ANTIK DIA TUH HUHUHUHU
Post a Comment