Geng Bas Sekolah

September 23, 2012

Nik Aziz Diludah Pemimpin DAP ?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten.

Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu.

Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud dan dilihat sebagai 'serangan' balas kepada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis anjuran DAP Pasir Pinji Rabu lalu dan teks ucapannya diterbitkan dalam blognya, limkitsiang.com hari ini.

Dalam entri tersebut, pemimpin kanan DAP itu memberitahu, hudud hanya boleh dilaksanakan jika ketiga-tiga parti komponen pembangkang mencapai persetujuan konsensus.

"Kepimpinan pakatan pembangkang sudah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hukum hudud (yang diperjuangkan PAS) bukan sebahagian daripada dasar dan polisi yang dipersetujui pakatan pembangkang.

"Ini bererti jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dan membentuk Kerajaan Persekutuan untuk tempoh lima tahun akan datang, hudud bukan sebahagian daripada program yang akan dilaksanakan," katanya sebagaimana dipetik daripada limkitsiang.com.

"Kami berpegang teguh kepada prinsip fundemental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

"Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia.

"Kami tahu pendirian PAS mengenai negara Islam dan hukum hudud, sama seperti PAS mengetahui pendirian berbeza kami dalam kedua-dua isu ini," kata Kit Siang lagi.

Pendirian Kit siang itu selari dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP serta hukum itu sendiri tiada dalam Buku Jingga.

Wahahaha sekali lagi PAS kena lempang laju laju dengan DAP. Mana nak letak muka tu weh. PAS je terhegeh hegeh sayangkan DAP tapi DAP langsung tak ambil pedulipun. Parti bengap macam ni pun ada kat Malaysia yek.. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH AKHIRNYE BAPAK KOMUNIS BERSUARA..TP SUARE SUMBANG!..SUARA YG MENGELUARKAN KAHAK HIJAU TEPAT KAT MUKE WALLY SLIPOR A.K.A BAPAK KAPIR..NO HUDUD MEAN NO NEGARA ISLE!!..JAP LG WALLY SLIPAU BLEY KENE HEART ATTACK..PASTU MASUK SPITAL LG!..TAK TAHAN KENE BULI DGN DEEAYYPIG..KEJE ASIK KUAR MASUK SPITAL JEK LERRR KEHKEHKEHKEH