Geng Bas Sekolah

September 13, 2012

Carilah Kemaafan Didalam Hati



Dalam masa kita sibuk berpolitik ataupun saja menyibuk dengan politik, ada baiknya kita berhenti sejenak dan merenung kembali masa yang telah berlalu. Kenang kembali saat dizaman kanak kanak, ingatkan kembali memori lama dikala kita membesar tanpa mengenali apa apa fahaman politik. Disaat jiwa kita masih suci dan bersih dari kekotoran dunia.

Kenanglah disaat kanak kanak, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, baik yang duduk dihadapan, kiri kanan mahupun dibelakang rumah. Ataupun dikampung bersebelahan, melayu cina ataupun india. Kita boleh berkawan tanpa mengira darjat, tanpa mengira latarbelakang ataupun idealogi politik keluarga masing masing. Kita bermain bersama, berkubang di parit mahupun sungai bersama. Bermain bola diatas padang yang sama. Disaat itu, dunia kelihatan begitu indah tanpa sebarang masalah.


Dan sekarang mengapa kita boleh bersengketa, seolah olah idealogi politik itu adalah agama. Yang menentukan dosa mahupun pahala, yang membolehkan seseorang itu masuk syurga mahupun neraka. Mengapa sekarang kita begitu ghairah mengejar cita cita dan kuasa sehingga melupakan segala gala yang ada diatas dunia ini hanyalah sementara. Ingatlah jawatan dan kuasa politik yang dikejar langsung tidak boleh dibawa bersama ke alam barzah. Itu semua tidak bernilai dihadapan Rabbul Jalil kerana yang akan dinilai hanyalah amalan soleh, bukannya jawatan, idealogi ataupun parti politik.

Carilah sejenak kedamaian didalam hati.  Kenanglah semula diwaktu hidup kita ceria tanpa sebarang sengketa. Carilah kemaafan, hentikanlah pertelingkahan dan salah menyalah sesama sendiri. Buanglah sifat tamak, pentingkan diri sendiri dan dendam.

Carilah kebaikan yang ada didalam diri kita. Usah biarkan hati kita mati kerana politik duniawi. Hentikanlah semua ini sebelum terlambat. Semoga Allah memaafkan segala dosa yang telah kita lakukan....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: