Geng Bas Sekolah

August 5, 2012

Sokong Blogger Hiburan Disaman


TINDAKAN saman ini diambil untuk memberi pengajaran kepada bloger berkenaan berkaitan dengan isu fitnah tersebut. Saya dan pihak peguam juga sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa bloger lain ke muka pengadilan berhubung kes fitnah ini," kata Noorfarashikin Othman baru-baru ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan kes berkenaan, wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Fara ini mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Oh Bulan yang telah memfitnah dirinya melalui penyebaran gambar peribadi dirinya sebaik sahaja bercerai dengan Datuk Hattan.

Tindakan difikirkan wajar oleh pihaknya memandangkan reputasi Fara terjejas dengan penyebaran cerita yang tidak benar ini. Perkara ini tidak hanya melibatkan dirinya tetapi turut menjejaskan bisnes yang sedang berkembang maju.

Bagi Fara, biarpun ada yang menganggap kes tersebut sudah lama berlalu tetapi perbuatan tidak bertanggungjawab pihak terbabit mendiamkan diri selepas insiden berkenaan turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

Ketika ditemui baru-baru ini, Fara yang turut ditemani peguam Amir Hamzah Arshad dan Nizam Bashir ini meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Tidak menganggap tindakan tersebut sebagai trend, Fara hanya mahu membersihkan namanya yang sudah tercalar akibat perbuatan mereka.

"Saya melakukan semua ini bukan kerana duit. Tak usah bercakap soal wang RM1 juta itu tetapi apa yang mereka lakukan pada saya lagi teruk. Orang mula curiga dengan saya dan percaya bulat-bulat. Yang lagi teruk apabila ia turut menjejaskan bisnes saya!

"Saya yang bercerai dan hanya saya dan bekas suami yang tahu apa terjadi. Penyebaran fitnah seperti itu memang tidak boleh dimaafkan memandangkan mereka langsung tak bagi respons apabila pihak peguam saya mengambil tindakan awal sebelum ini.

"Ini adalah pengajaran kepada mereka. Saya bukan artis dan saya bukan selebriti yang perlu mereka jadikan mangsa. Harap-harap tindakan undang-undang ini mampu memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dengan apa juga penyebaran berita selepas ini," kata Fara lagi.

Mengimbas apa yang telah terjadi penyebaran gambar peribadi milik Fara bermula sekitar tahun 2008 apabila akaun e-mel miliknya digodam. Penggodam berkenaan juga telah mencipta e-mel lain dan menyebarkannya bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.

Sekali lagi pada tahun 2011, facebook Fara digodam oleh pihak lain sehinggalah mereka memuat naik beberapa artikel palsu untuk tujuan mengaibkan dirinya.

"Anak guam saya telah pun membuat banyak laporan polis berhubung dengan hal penggodaman sejak tahun 2008 lagi. Selain pihak polis, laporan juga dibuat kepada pihak Cyber999 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Buat laporan tetapi tidak ada apa-apa tindakan lanjut daripada pihak SKMM. Saya pasti ramai yang kecewa dengan SKMM yang tidak berjaya mengambil langkah untuk menangani jenayah siber ini.


Aku sokong sangat sangat mana mana blogger hiburan ni disaman. Hidup lamapun tak berguna sesen pada agama, bangsa dan negara. Sibok jaja cerita dalam kain orang buat apa. Angkat sangat cerita cerita artis karut marut padahal bukan baguspun artis ni. Terkinja kinja je atas pentas baik pentas politik ataupun hiburan. Rasa rasa tak boleh buat duit berlakon menyanyi dah, masuk politik pulak. Menambahkan lagi taik yang ada dalam politik ni. Haa eloklah tu.

SKMM ni lagi satu tak berguna. Bukannya buat apa apa kerjapun. Tak payahlah report pasal hack hack ni. Tu portal fitnah nom1 negara Malaysiakini tu sampai sekarang SKMM tak berani sentuh. Cuit sikitpun tidak. Kenapa ada main duit ke sampai tak berani nak usik portal bodoh tu. Bodoh SKMM!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Unknown said...

Salam, salam 1 Malaysia dan salam Nuzul Quran,

Mohon izin linkkan blog saya di sini. blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Terima kasih. ~ IBM

Link blog saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com.

SELAMAT BERJUANG.