Habislah Guan Eng lepas ni. Musuh dia bukan sekadar dari luar tetapi orang dalam DAP sendiri sudah membencinya. Sampai dorang minta tolong dengan pakcik Anwar pulak suruh nasihatkan Guan Eng. Tapi berani ke pakcik Anwar nak nasihat Guan Eng sebab diri pakcik Anwar sendiri dah tak terurus. Nampak sangat rejim DAP di P.Pinang ni dah tak lama. Rejim DAP ni bakal ditumbangkan bukan sahaja oleh orang P.Pinang tetapi oleh orang DAP sendiri.
Beberapa ahli veteran DAP sudahpun berjumpa dengan Anwar, menyatakan keperluan untuknya menasihatkan Guan Eng supaya memperbaiki pencapaian dan kaedah memimpin Pulau Pinang. Pada mulanya, Anwar tidak menganggap aduan mereka sebagai sesuatu yang serius. Namun, setelah mendengar hujah mereka; Anwar rasa terdiam dan mula berfikir samada PR perlu campur tangan dalam kaedah Guan Eng memimpin Pulau Pinang.
Antara yang disampaikan oleh warga veteran DAP:- Kesombongan Guan Eng bukan sahaja terhala kepada masyarakat Melayu – malah sudah mula dilakukan kepada masyarakat Cina. Enggan berjumpa dan ringan mulut seperti dahulu.
Veteran DAP PP tidak puas hati dengan pencapaian Guan Eng setakat ini. Pro-business, tetapi tak ambil berat soal rakyat; Terlalu bergantung kepada bajet – tak ada program lain; Tidak melayan pihak media dengan adil. Bercakap tentang ‘kebebasan’ (freedom of expression) – tetapi tidak mahu berkawan baik dengan media; Semakin tertekan dengan isu peribadi (rainbow); Betty Chew semakin menganggu pejabat Ketua Menteri;
Terlalu beri muka kepada usahawan pro-BN; Vincent Tan; Pentadbiran yang semakin lemah; Semakin ramai pemikir DAP yang diberhentikan daripada think-tank Kerajaan Negeri; Melayan kalangan orang tertentu sahaja;
Kali ini, sudah 3 kali kumpulan veteran DAP bertemu dengan Anwar dalam isu ini. Pada mereka mudah sahaja, jika Anwar mengimpikan sokongan 70 % masyarakat Cina kepada PR berkekalan – Anwar mesti nasihatkan Guan Eng supaya berubah. Tak ada jalan lain.
Guan Eng cukup yakin, dia masih mampu menang selesa dalam keadaan politik yang ada sekarang. Tak perlu perubahan.
Veteran DAP sudah mula membandingkan Guan Eng dengan Lim Chong Eu. Jauh sangat. Pada mereka, sebagai ahli DAP mereka masih hormat dan kasihkan Chong Eu sewaktu Tun memimpin PP. Guan Eng patut ada sikap itu. Bukan berlagak dan sombong.
Sumber: Gelagat Anwar
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
KLU PENCACAI SENDIRI PUN DAH MENYAMPAH DGN KEPALE GENGSTER REJIM KOMUNIS NAK KATE APE BROO...KEHKEHKEHKEH
Post a Comment