Geng Bas Sekolah

July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Wilayah Persekutuan Dan Perak Muncul Juara


KUANTAN - Wakil dari Wilayah Persekutuan dan Perak muncul juara bagi kategori master Lelaki serta Wanita dalam saingan Tenpin Boling Sukan Malaysia 2012 Pahang malam semalam.

Muhammad Rafiq dari Wilayah berjaya mara ke persaingan akhir setelah menewaskan peserta dari Sarawak dalam saingan separuh akhir.

Beliau seterusnya bertemu dengan pemain dari Pahang yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan akhir. Namun, malang bagi peserta Pahang, Jonathan Chan yang mengalami kecederaan diset pertama akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan kepada Muhammad Rafiq.

Muhammad Rafiq berjaya mengutip jumlah jatuhan pin sebanyak 216, manakala Johnathan Chan pula sekadar mengutip 181.

Dalam aksi saingan Wanita pula menyaksikan Saidatul Afifah dari Perak berjaya menewaskan peserta Pahang, Faten Najihah untuk memungut pingat Emas.

Sebelum itu, Faten yang berada ditempat ketiga saingan berjaya mengalahkan peserta dari Selangor, Victoria Chin untuk melayakkan diri ke pusingan akhir bertemu dengan Saidatul. Namun, Saidatul dilihat memulakan saingan dengan garang dan berjaya memperolehi jumlah jatuhan pin sebanyak 236 manakala Faten pula sebanyak 195.

Pingat Emas bagi acara Masters ini juga dianggap sebangai 'Ibu Emas' kepada acara sukan Boling. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Sumber: PahangKu

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: