Geng Bas Sekolah

July 14, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Pahang Dapat Emas Dalam Acara BMX


Pahang akhirnya berjaya mengutip pingat tunggal dalam acara berbasikal BMX yang sebelum ini dalam acara trek hampir keseluruhannya dibolot pelumba Terengganu.


Pelumba tuan rumah, Muhammad Aim Mohamad Fauzi mengutip pingat emas dalam acara BMX Lelaki Akhir apabila mencatat masa 31.013 saat dalam perlumbaan sejauh 250 meter mendahului pemenang perak, Muhammad Fareez Borhanudin dari Selangor yang berpuas hati 32.641s.

Pingat gangsa milik pelumba Sabah, Akmal Abdullah. Muhammad Aim yang ditemui berkata, beliau sebenarnya tidak begitu yakin untuk mengutip pingat emas dalam acara itu kerana persiapan dan latihan yang dijalaninya agak singkat.

''Keyakinan saya untuk meraih pingat emas sebenarnya 50:50 walaupun harapan diletakkan kepada saya untuk memenangi emas dalam acara ini.

''Saya merasa cukup gembira kerana dapat membantu kontijen negeri Pahang menambah koleksi pingat walaupun hanya satu pingat emas daripada acara berbasikal," kata Muhammad Aim.

Sementara itu, kategori wanita akhir masih dikuasai Terengganu apabila dua pelumbanya masing-masing berjaya mengutip emas dan perak.

Noor Quraataina Mamat meraih emas selepas menghabiskan kayuhan dengan catatan 34.864s meninggalkan rakan sepasukannya, Nurul Suhada Zainal untuk pingat perak dengan perbezaan masa 1.833s.

Pingat gangsa diraih oleh pelumba dari Kedah, Mardiana Mohd. Radzi dengan catatan masa 36.95s.

Sumber: PahangKu

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: