Geng Bas Sekolah

July 3, 2012

Suaram Ejen Yahudi Zionis

Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.

"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.

"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.


Kalau dah asalnya dari pembangkang, semuanya memang penipu. Tak kiralah dia guna nama rakyat ke, nama agama ke, semuanya penipu. Dorang ni semuanya orang munafik.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: