Geng Bas Sekolah

July 9, 2012

Pembangkang Nak Langgar Kg Orang Islam


KUALA LUMPUR: Idea pembangkang untuk mewujudkan Kampung Baru kedua di kawasan luar Kuala Lumpur adalah satu tindakan yang kurang bijak dan tidak relevan sama sekali.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata cadangan itu menunjukkan sikap pembangkang yang hanya pandai bercakap tidak tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.

"Lokasi mana nak bina Kampung Baru kedua... Mungkin di Selangor. Mereka tidak fikir kesan tindakan itu yang mana ia sudah pasti menyusahkan penduduk Kampung Baru sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa kali ke-27 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, senarai anggota jawatankuasa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) akan diumumkan pada 18 Julai.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang juga antara projek pembangunan hartanah terbesar di dunia.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik berkata kerajaan sentiasa menitikberat soal kebajikan penduduk sebelum melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Dalam rancangan pembangunan Kampung Kerinchi, beliau berkata kerajaan hanya memindahkan penduduk ke kawasan baru yang berhampiran kediaman mereka kerana tidak mahu menyusahkan penduduk berkenaan seperti perlu menukar sekolah anak jika dipindahkan ke kawasan yang jauh dari kediaman asal mereka.


Celakanya pembangkang. Ini semua idea gila DAP nak rampas tanah orang melayu yang ada kat KL. Seboleh bolehnya mereka nak kaut semua tanah orang melayu menjadi hak milik mereka.

Orang melayu patut sedar sekarang agenda DAP ni. Mereka sekarang kuat sebab orang cina bersatu dibelakang DAP. Orang melayu patut siapkan diri untuk menghadapi segala ancaman. Awasi tali barut DAP yang berbangsa melayu dari parti PKR PAS. Mereka ni adalah musang berbulu ayam yang sanggup menikam orang melayu dari belakang semata mata untuk tuan mereka. Pertahankan kampung halaman kita walaupun terpaksa mengorbankan jiwa raga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

Kadang2 kebodohan ko nie d tunjuk sgt kn???? DAP nk rampas KL???? Ko lupe ye KL bwh jajahan BN? Lgpun, ade ke rajw nong chik ckp DAP yg nk mndalangi kes ini??? Xdekn???? Yg ko lebih2 sgt nie knp? Ni3 la akibatnye bile org melayu yg bodo cm ko d ternak kt malaysia....