Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.
Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.
“Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani,” kata Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider.
“Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.”
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown. - MPP Online
Ada makna tu bila Mat Sabu cakap pakcik Anwar tu berani. Yelah pakcik Anwar kata dia nak letak jawatan kalau kalah. Tapi Nik Aziz masih tak reti reti nak letak jawatan. Tak sabar betul Mat Sabu nak jadi Mursyidul AmPAS yek hehehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment