Geng Bas Sekolah

July 2, 2012

DS Adnan Yaakob Lebih Baik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man


Kerajaan Pahang akan membina lebih banyak rumah menerusi Program Perumahan Mampu Milik bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sebagai perintis, sebanyak 76 rumah akan dibina di kawasan yang telah dikenal pasti di Kampung Kemahang, Lipis.

"Rumah yang mempunyai tiga bilik itu akan dibina secara pasang siap dalam tempoh terdekat ini. Projek seumpama itu akan diperluas ke kawasan lain di seluruh Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Janda Baik, dekat sini.

Beliau berkata pejabat tanah dan daerah juga diminta mencari tapak sesuai bagi membolehkan projek itu dilaksana di daerah-daerah lain.

Sementara itu, Adnan berkata kerajaan negeri bersedia meluluskan permohonan tapak untuk membina rumah oleh rakyat di negeri ini jika ia tidak melibatkan kawasan yang diwarta untuk projek kerajaan negeri atau rizab sungai.

Sumber: PahangKu.com


Ternyata kerajaan BN lebih baik daripada pembangkang. Kerajaan BN sentiasa membantu rakyat terutama golongan miskin sedangkan pembangkang pula menzalimi rakyat.

Lihat saja bagaimana nasib orang miskin di P.Pinang yang diusir dari kampung halaman mereka kerana rejim DAP mahu merampas tanah mereka. Rejim PAS merampas tanah orang asli, membekalkan air kotor kepada rakyat dan merompak duit ceramah dan tabung Mamali. PKR pula menjual tanah dan menidakkan hak pelajar miskin untuk belajar.

Oleh itu tiada sebab untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan BN. Dan kalau pembangkang gian sangat nak memerintah, apa kata pembangkang beli saja sebuah pulau di tengah laut dan mengambil pendatang Indonesia, Bangladesh ataupun Afrika sebagai rakyat. Rakyat Malaysia tak batakpun dengan pembangkang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: