PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Inilah sesatnya PAS. Sampai sanggup membuat perkara yang Allah benci iaitu bercerai kerana si laki terlalu percaya bahawa PAS adalah salah satu cabang agama didalam islam.
Harap Pn Che Hasnah banyakkan bersabar kerana Allah Maha Adil. Allah s.w.t akan membalas semula apa yang dilakukan bekas suami itu nanti. Tidak diatas dunia, dia akan tetap mendapat balasan di akhirat. Masa tu Tok Guru pujaan hati dia pun tak dapat nak menolong dah sebab tok guru dia sibuk memikul dosa sendiri.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
Inilah akibat bila ugama diperalatkan untuk maksud keduniaan....ajar an Islam diselewengkan yang mana mangsanya adalah mereka yang tidak faham ugama...
Post a Comment