Geng Bas Sekolah

July 4, 2012

Anwar Ibrahim - Save By The Bell


Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.


Kes ni sama macam kes yang pertama dahulu. Perbuatan tu ada tetapi tak dapat nak disabitkan dengan kesalahan sebab bahan bukti tak cukup kuat. Hanya kerana bahan bukti tak cukup, maka pakcik Anwar dilepaskan dari kes meliwat. Tapi perbuatan meliwat itu tetap ada. Nasib je pakcik Anwar ni terlepas.

Tapi bayangkan kalau yang jadi Hakim tu orang pembangkang. Sudah pasti tak payah nak tunggu bukti. Terus je jatuh hukum, tak payah nak siasat apa apa. Cukup dengan gambar edit sendiri, dengar cakap orang luar negara, main tuduh tuduh sana sini itu dah cukup jadi bukti dorang. Memang huru hara lah jadinya kalau dorang yang menegakkan keadilan.
 
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: