Geng Bas Sekolah

June 23, 2012

Orang Islam Bangkit Jihad - PAS Kedah Bakal Ditumbangkan


Amaran telah diberikan, namun pemaju yang mendapat perlindungan dari Kerajaan Negeri Kedah tetap berkeras untuk meneruskan projek di atas tanah Rezab Melayu Sungai Kob. Projek yang asalnya semasa Kerajaan BN tetapi tiada kelulusan diberikan. Kelulusan hanya diperolehi oleh Prestavest pada pemerintahan Kerajaan PAS Kedah.

Kemarahan penduduk tidak lagi dapat dikawal. Pada Februari 2012, telah ada dua kes bakar membabitkan dua buah jentolak. Beberapa siri demo aman turut dilakukan termasuk di Pejabat Menteri Besar namun reaksi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, amat memalukan!

Pagi tadi, lebih kurang jam 9:55, 22 Jun 2012, satu kejadian rusuhan melibatkan 100 orang penduduk di lokasi jirat telah berlaku. Rusuhan berkenan menyebab dua orang pekerja Prestavest (seorang Cina dan seorang India) tercedera.

Kejadian rusuhan membuatkan polis terpaksa masuk campur dan berjaya mengawal situasi. 52 orang diangkut ke IPD Kulim atas dakwaan merusuh.

Menariknya, dalam satu kes membabitkan pusat penyembelihan babi tidak lama dahulu, Menteri Besar Kedah dan PAS Kedah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya. Namun, isu yang membabitkan kelompok Melayu-Islam di Selatan Kedah, langsung tidak dihiraukan oleh pentadbiran negeri.

Maka timbullah tanda-tanya… adakah Melayu di Sungai Kob itu taraf mereka jauh lebih rendah berbanding babi, walhal sebilangan besar daripada mereka adalah penyokong PAS dan sentiasa beranggapan PAS adalah Islam dan pembela umat Islam?

Isu pokok dalam permasalahan ini ialah mengapa projek Memorial Park dibuka di kawasan bermajoriti Melayu (16,000 orang Melayu) dan di atas Tanah Rezab Melayu? Walaupun ada pecacai yang cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya projek Memorial Park itu telah diluluskan pada zaman BN, hakikatnya yang meluluskan projek berkenaan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dan yang paling menarik, ada pihak di Pejabat Tanah dan Galian yang telah mengubah status Tanah Rezab berkenaan bagi membolehkan Prestavest meneruskan projek Memorial Park sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah pada 2008.

Baca selanjutnya disini


Aku percaya isu ini tidak diperbesarkan didalam media massa Kerajaan apatahlagi media pembangkang. Pembangkang takut siarkan sebab ini salah dorang. Kerajaan pulak kecut 13 mei akan terjadi lagi.

Inilah dia masalah umat islam di Malaysia. Sebenarnya langsung tak ada pihak yang menyokong mereka. Baik Kerajaan ataupun pembangkang. Dua dua sama je. Takut undi lari. Akhirnya yang jadi mangsa adalah umat islam.

Yang makin kaya dan senang adalah kaum mata sepet yang perangai macam yahudi zionis. Dapat tanah sana sini tak peduli dah tanah masjid, tanah kubur islam ataupun tanah wakaf. Paling sedih umat islam level dorang lebih rendah daripada babi. Babi lagi mulia beb ish ish.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: