Apabila Sultan Johor berjaya membida plate no WWW 1 dengan bidaan sebanyak RM 520,000, seperti biasa ramai memberi pendapat mereka. Bagi saya senang saja, samada baginda seorang raja atau hanya tycoon biasa, selagi tidak menggunakan duit rakyat, itu bukan urusan kita.
Namun ada golongan dari kalangan ahli politik tanpa segan silu mengkritik Sultan Johor. Nizar Jamaludian mempersoalkan duit sebanyak RM 520 ribu itu boleh digunakan membantu rakyat di Johor dari membida sebuah plate. Lihat twitternya di bawah
YB Mohammad Nizar @mbnizar
rm520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk kprluan hidup,bina 20 rumah pprt!
Jika yang menang pembidaan itu seorang tycoon Cina atau India, adakah Nizar akan memekak? Dan jika hujah beliau tycoon tidak pakai duit rakyat, tidak seperti Sultan Johor, Nizar telah ditempelak oleh Tengku Mahkota Johor dalam twitter bahawasanya sultan-sultan Johor tidak pernah mengambil elaun dari kerajaan negeri sejak Almarhum Sultan Ibrahim.
Habis kisah seorang Sultan. Bagaimana rakyat jelata yang mabuk kuasa macam Nizar apabila menjadi berkuasa? Sebaik menjadi MB, Nizar terus meluluskan pembelian 16 buah Camry untuk MB dan exco-exconya. Semuanya bernilai lebih kurang RM 2.3 juta.
Nizar tidak mengikuti konvensyen negeri-negeri BN lain yang menggunakan Perdana sahaja.
Tidak cukup dengan itu, Nizar membida no plate AGS 10, AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.
Wang sebanyak 2.3 juta dan pembidaan no-no plate untuk keselesaan MB dan Exco ini benar-benar dari duit rakyat, duit pembayar cukai tidak seperti duit Sultan Johor. Nizar tidak berpeluang menjadi raja jika tidak mungkin nafsu serakahnya lebih teruk dari sekadar Camry!
Sumber: STB
Inilah perangai manusia. Baru Allah bagi jadi MB sekejap, dah jadi gila kuasa. Bila Allah tarik balik, terus jadi gila dan salahkan orang lain. Padahal dia sendiri langsung tidak mahu muhasabah diri memikirkan apa kesalahan yang dia dah lakukan kepada rakyat Perak.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada manusia seperti Nizar ini.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
MANGKOK TU PERASAN DIA SULTAN KOMUNIS YG DI TABAL OLEH NGEH & NGA. TU SBB DIA BRANI DERHAKE DGN RAJA MELAYU!..AKU NAK JEK SEPAK DIA KE LAUT! KEHKEHKEHKEH
Post a Comment