Geng Bas Sekolah

May 9, 2012

Durian Runtuh Menghempap Kepala Mazlan Aliman


Rata-rata peneroka terkejut dan tidak menyangka sama sekali dengan pengumuman 'durian runtuh' yang diumum Perdana Menteri di sini hari ini yang menyebabkan kebanyakan warga FELDA berasa bersyukur dan terharu.

Durian runtuh yang dimaksudkan adalah bonus atau imbuhan yang berjumlah RM1.689 billion untuk diagihkan kepada 112,000 warga peneroka.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai ‘durian gugur’ iaitu tabung amanah, “blue form” untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda. - PahangKu


Begitu banyak bantuan yang diterima oleh penduduk Felda. Inilah tanda hanya Kerajaan BN saja yang boleh membela rakyat. Pembangkang pula dah semakin kepanasan akibat ketandusan isu. Nak pulak pemimpin PKR sekarang tengah dilanda bermacam macam isu termasuk menderhaka kepada ibu sendiri. Tunggu jelah PRU nanti. Rakyat Malaysia akan benamkan pembangkang habis habisan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: