Geng Bas Sekolah

May 17, 2012

Ambiga Takut Kuasa Rakyat


Polis telah menjalankan rondaan di sekitar rumah Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga selepas menerima laporan berhubung tindakan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuka gerai perniagaan dan bersenam di hadapan rumahnya di Bukit Damansara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam penduduk di sekitar kawasan itu tidak terjejas akibat bantahan terhadap Bersih 3.0 itu.- Utusan Malaysia


Padan muka Ambiga. Dulu berlagak sangat sampai polispun dia langgar. Rakyat Malaysia dia pijak pijak sebab kemaruk dengan politik. Tapi sekarang bila rakyat dah bangkit melawan, pandai pulak dia merayu minta tolong dengan polis.

Ambiga poyo nak mampus. Dulu cakap berdemo tu kebebasan bersuara. Sekarang bila rakyat berdemo, dia minta polis sekat pulak. Apasal nak sekat? Dulu cakap konon rakyat bersama dia. Nah sekarang ni memang rakyat bersama dia. Bersama sampai ke rumah. Amacam seronok ke sekarang?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: