Geng Bas Sekolah

April 19, 2012

TIBAI - Kebangkitan Rakyat Malaysia Menentang Anwar Ibrahim


Bekas-bekas pemimpin pengasas PKR menubuhkan kelab menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim – dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kelab ini ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pembohongan yang dibuat Anwar.

Tibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

“Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.

“Kita akan fokuskan empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ditanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu, Muhammad Zahid berkata, keahlian adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tibai turut ditubuhkan oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin; Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho

Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong. - Jom TIBAI


Politik Malaysia sekarang dah tak ubah macam politik kartun. Badut badut politik muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan. Baik di sebelah pro Kerajaan mahupun pembangkang, badut badut politik ni muncul hanya menambahkan lagi huru hara dan masalah.

Cukuplah berpolitik. Rakyat dah muak dengan politik. Jangan sampai rakyat cibaikan semua pemimpin politik kat Malaysia ni nanti, baru semua terduduk mengelupur.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: