Benarkah ada kubur 1Malaysia? Nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan perkara ini dengan mengatakan ini semua hasil dari slogan 1 Malaysia yang di bawa Dato' Seri Najib .
Sekitar jam 5.30 petang tadi, saya telah membuat tinjauan ke lokasi seperti yang digambarkan didalam video di Tanjung Agas, Pekan, tetapi malangnya tidak menemui kubur yang dimaksudkan. Dengan bantuan dan pertolongan dari Tuan Haji Abd Halim Abdul Rahman , Pengerusi JKKK Kg. Ketapang Hilir dan Sdr Md Dan Pilus, Ketua UMNO Kg. Ketapang Hilir, akhirnya saya berjaya sampai ke lokasi sebenar, tetapi bukannya di sekitar Tanjung Agas, sebaliknya di Perkampongan Orang Asli Permatang Keledang, Pekan, Pahang.
Orang Asli bukan islam sahaja dikebumikan disini, dan yang menganut agama islam dikebumikan di Kg. Ketapang Hilir, Pekan. Masyarakat orang asli mempunyai kepercayaan dan adat resam masing-masing. Berkaitan soal tanda nama seperti nama melayu ada "Bin dan Binti" yang ditulis di batu nesan itu tidak mengambarkan satu-satu kubur si mati itu beragama islam, sedangkan didalam kad pengenalan pun masyarakat orang asli ada "Bin dan Binti".
Pejabat pendaftaran negara sedia maklum akan perkara ini sebab itu didalam kad pengenalan orang asli tidak tertulis perkataan islam seperti yang di cetak pada kad pengenalan orang islam. Mengenai jirat cina dan kubur Kristian yang menjadi isu ini adalah kepercayaan masyarakat orang asli sebagai tanda menghormati kubur si mati oleh ahli keluarga simati.
Sumber : Jejak Habib
Buruk betul akhlak puak pembangkang ni. Sampaikan kubur orang aslipun dorang nak politikkan. Cuba orang lain politikkan pulak kubur mak bapak datuk nenek mereka, apa yang mereka rasa?
Puak pembangkang ni sepatutnya insaf. Pergilah balik minta ampun dengan mak bapak sendiri. Kalau mak bapak dah tak ada, pergilah balik ziarah kubur mereka bacakan yassin. Itu lebih dari politikkan kubur orang lain.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment