PTPTN ialah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 556) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN bertujuan memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta. Dalam tahun yang sama juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib pula menyandang jawatan Menteri Pelajaran dengan memperkenalkan Akta Pelajaran 1996. Nampak tak?
Adakah wajar PTPTN itu dihapuskan memandangkan ramai yang menuntut Free Education?
Hapus PTPTN dan Free Education adalah dua perkara berbeza tetapi atas niat yang sama untuk mengurangkan bebanan orang bawahan termasuk aku jugak lah. Aku sokong! Dalam hidup ni semua benda pun pakai duit kan dan kawan aku kata memang takde benda free sampai mati pun sebab kain kapan kita nanti kena beli pakai duit jugak. Walaubagaimanapun, sekiranya PTPTN itu dimansuhkan dan Free Education dilaksanakan, orang yang kaya adalah orang yang paling untung..
Nampak tak? Tapi mampu ke mak bapak kita tanggung kos sewa rumah, makan minum kita nanti kalau PTPTN pun dihapuskan? Free Education mestilah hanya cover yuran pengajian.. Namun ikut logik akal dan melihat kepada ekonomi dekat Malaysia ni, rasanya pemansuhan PTPTN tidak wajar kerana kerajaan tidak akan mampu untuk tanggung kos pembelajaran pelajar di peringkat IPTA. Sekalipun kerajaan terpaksa memberikan Free Education kepada semua pelajar IPTA, makanya kemasukan adalah terhad. Kerajaan konfem akan memastikan hanya pelajar cemerlang SPM yang mampu mendapat tempat di universiti tempatan. Macam biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ianya diberikan kepada yang layak dan tidak semua pelajar dapat menikmati peluang tersebut.
Jadi, aku khuatir jugak kalau kalau bukan golongan melayu yang akan memenuhi kuota kemasukan "Universiti--Free Eduction" ni.. Bukan nak bersifat rasis, tapi cuba lihat kepada statistik pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang telah convert kepada biasiswa sebab pointer 3.8 ke atas di SINI. Golongan melayu jatuh di tangga kedua sedangkan kalau lihat kuota penempatan di universiti tempatan sekarang, melayu merupakan yang tertinggi. Nampak tak? Yes, memang betul bukan senang nak score dan dapat "first-class honours" tapi kalau kita berusaha pasti dapat. Bukan dengan cara demonstrasi terpekik terlolong.
Apakah mekanisme terbaik untuk selesaikan masalah PTPTN ni?
Menghapuskan 1% kadar ujrah atau upah kos pentadbiran adalah yang sewajarnya. Kalau dilihat, semasa kadar faedah PTPTN 3% dahulu, takde plak demonstari macam ni kan? Nyata pemikiran mahasiswa dahulu, kalau nak berjaya tu memang kena bersusah susah dahulu.. Kalau dah nama pinjaman tu, kenalah kita bayar balik setelah kita berjaya dan bekerja.. Dan aku rasa PTPTN juga perlu menimbang sedikit cadangan untuk pembayaran balik kepada 50%.. Maksud aku macam loan Mara lah..
Tapi aku tak berapa nak clear pasal benda ni, cuma PTPTN mungkin boleh tiru cara Mara mohon bayaran balik pinjaman. Contoh yang dapat pointer 3.0 ke atas, maybe boleh dikurangkan 30-50% daripada pinjaman dia.. Ini antara penyelesaian yang aku fikir logik jugak dari kasi free education untuk peringkat IPT. Kalau terus hapus PTPTN, jawabnya ramai ibu bapa buat personal loan plak kat bank.. Kalo bank berapa banyak plak interest?
Baca selanjutnya di Tieah Madian
Tieah adalah salah seorang mahasiswi yang berpandangan jauh. Pandangan anak gadis ini mengenai isu PTPTN mampu membuatkan Adam Adli jatuh terduduk. Kalau yang jantan masih tak faham kenapa PTPTN ni tak boleh dimansuhkan, lebih korang buang jelah korang punya "tu" kasi anjing makan. Buat malu je dengan awek ni sebab korang tak boleh berfikiran waras dan matang.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
KASI LER MCM MANE SOLUSI PUN FUCKATAN TAK KN BEGANJAK PUNYE LER BROO. DIORANG LBEY PECAYE CKP TUKANG PUNAHSIHAT EKONOMI, LBEY PECAYE CKP PENIPU..PENDEK KATE DIA GORENG HIDUP2 DEPAN MATE PUN DIORANG X KISAH SBB YG TUKANG PUNAH TU DH MCM DEWATA..PEMEGANG KUNCI SYURGA KEHKEHKEH
Post a Comment